Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL) yang akan berlangsung 
di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) tidak lama lagi, Majlis Buku Kanak-kanak 
dan Remaja Malaysia (MBBY) dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia 
(MBBY) menganjurkan Persidangan Buku Kanak-kanak pada 22 hingga 23 Mac nanti.

Lima aktiviti utama akan diadakan sepanjang dua hari itu, iaitu seminar, 
bengkel penulisan buku kanak-kanak, bengkel ilustrasi buku kanak-kanak, pameran 
ilustrasi, dan pertandingan ilustrasi.

Dengan bertemakan "Literasi Kanak-kanak dalam Dunia yang Berubah", beberapa 
pembentang kertas kerja akan dijemput untuk sesi seminar yang akan diadakan 
pada hari pertama persidangan.

Selepas sesi seminar, dua bengkel selari, iaitu Bengkel Penulisan Buku 
Kanak-kanak dan Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-kanak yang dikendalikan oleh 
fasilitator berpengalaman Dr Amida Abdul Hamid dan Yusuf Gajah akan diadakan 
pada sebelah petangnya dan diteruskan pada hari kedua persidangan.

Kedua-dua bengkel terbuka kepada orang ramai yang berminat dan ingin 
mempelajari seni penulisan dan pelukisan dalam bidang sastera kanak-kanak 
dengan lebih mendalam dan dengan bantuan fasilitator peserta akan diberi 
pendedahan dengan idea-idea baru dalam dunia penulisan dan pelukisan buku 
kanak-kanak di samping latihan dalam penghasilan karya secara serius. Yuran 
penyertaan bengkel adalah sebanyak RM100.

Namun, para peserta yang ingin menyertai bengkel penulisan perlu bersedia 
dengan cerita atau rangka cerita kanak-kanak masing-masing manakala mereka yang 
berminat untuk menyertai bengkel ilustrasi perlu mempunyai latar belakang seni 
di samping cerita untuk buku kanak-kanak kerana pada akhir bengkel peserta 
diharap dapat menghasilkan karya yang layak diterbitkan.

Sepanjang dua hari persidangan juga akan diadakan pameran ilustrasi oleh 
pelukis-pelukis tempatan untuk tatapan pengunjung PBAKL 2010 nanti di samping 
pertandingan ilustrasi untuk golongan remaja (13-17 tahun) yang menyediakan dua 
tema untuk dipilih, iaitu "Tokoh Malaysia" dan "Watak dalam Cerita Malaysia". 
Peserta boleh membawa alat ilustrasi masing-masing, iaitu sebarang media kering 
 sama ada pensil, charcoal, pensil warna atau krayon. Penganjur hanya 
menyediakan kertas sahaja.

Memandangkan jumlah penyertaan yang terhad, orang ramai yang berminat untuk 
menyertai bengkel penulisan, bengkel ilustrasi, dan pertandingan ilustrasi 
perlu melakukan pendaftaran awal dengan melengkapkan borang penyertaan atau 
menghantar e-mel kepada Cik Siti Ezaleila Mustafa ([email protected]) atau Sdr 
Rastam Jamali Zubir ([email protected]) selewat-lewatnya pada 18 Mac 
2010.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Sekretariat Bengkel 
Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak MBBY: (u.p.: Cik Siti Ezaleila 
Mustafa: hp: 013-2727188; e-mel: [email protected]  atau Sdr Rastam Jamali 
Zubir: No. Te.: 03-79675551/ 019-2927901; e-mel: [email protected]).



Brosur boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

http://ezaleila.files.wordpress.com/2010/02/persidangan-bkk-mbby2010_brosur-2.pdf



sumber  http://ezaleila.wordpress.com/








[Non-text portions of this message have been removed]

Reply via email to