MINTA PERHATIAN!!!

ASSALAMUALAIKUM..

Nama saya Abbe Zyeid bin Jaafar.

Di sini saya ingin mengumumkan bahawa saya ingin menarik balik segala risalah 
yang telah saya hantar sebelum ni. Saya merujuk kepada artikel bertajuk: 

KE ARAH MENJANA REZEKI YANG HALAL DAN AMAT MENGUNTUNGKAN!!! 

dan

RM10 MENJADI SEJUTA RINGGIT!!!


Walaupun jika dibaca artikel tersebut dengan teliti dan segala maklumat yang 
diberi adalah lengkap, saya kini berpendapat bahawa program tersebut tidak 
memberi sebarang makna dan mungkin merupakan cubaan penipuan dari orang di atas 
atau mereka yang memulakan skim ini. 

Pada mulanya saya menganggap bahawa ini adalah program yang jujur dan tidak 
bertujuan untuk menipu sesiapa, dan saya ingat ini adalah skim seperti main 
KUTU-KUTU. Tetapi saya rasa ada yang tidak kena pada program ini.

Di sini saya ingin menyeru kepada saudara dan saudari untuk mengelak dari 
mempercayai skim seperti ini. KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMASUKKAN DUIT KE DALAM 
AKAUN SAYA, SILA BERIKAN NAMA PENUH DAN NOMBOR AKAUN ANDA UNTUK SAYA MEMBUAT 
PEMBAYARAN BALIK. Ini adalah untuk memulangkan semua wang yang telah saya 
terima. 

SAYA MAHU MEMBERSIHKAN NAMA SAYA KERANA SAYA JUGA TELAH MENJADI MANGSA!!!

DEMI ALLAH! saya tidak tahu atau sangka ini adalah program yang boleh dianggap 
menipu kerana saya memang jujur di dalam melakukannya. Jika tidak, masakan saya 
berani memberi nombor akaun, nama penuh dan nombor IC saya. Tidak langsung saya 
terfikir bahawa ini mungkin satu penipuan. JUMLAH YANG SAYA DAPAT  setakat ini 
pun tidaklah seberapa, cuma hanya dalam lingkungan RM20.

Jika program ini memang satu penipuan, jadi ianya bermakna yang saya juga telah 
ditipu kerana saya juga telah membayar RM10 kepada 5 PESERTA sebelum ini. Saya 
ingin merayu dan memohon maaf kepada saudara dan saudari di atas segala 
kesalahan saya menghantar risalah tersebut. Tiada langsung niat di hati saya 
untuk menipu sesiapa. 

Saya memasuki program/skim ini setelah mendapatnya dari email yang dikirim oleh 
seseorang. Bukan saya yang memulakan program ini. Oleh itu, saya memohon maaf 
jika segala yang telah saya lakukan memberikan masalah dan beban kepada anda 
semua.

Dengan ikhlas hati, saya INGIN MENARIK BALIK SEMUA RISALAH YANG TELAH SAYA 
HANTAR kepada anda. 

Dan sekali lagi, saya ingin memohon seribu kemaafan di atas kesalahan dan 
kesilapan saya. Saya sedar bahawa saya telah ditipu dan mungkin sekarang saya 
juga telah menipu orang lain DENGAN TIDAK SENGAJA disebabkan terlalu percaya 
pada program/skim seperti ini. Saya memohon maaf. 

Pesanan saya sekali lagi, JANGAN SESEKALI ANDA MENYERTAI SKIM SEPERTI INI! IA 
AMAT BERISIKO WALAUPUN NIAT KITA ADALAH IKHLAS.

PERHATIAN!!! KEPADA SESIAPA YANG TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA SAYA, SILA 
BERIKAN NAMA PENUH DAN NOMBOR AKAUN ANDA UNTUK SAYA MEMBUAT PEMBAYARAN BALIK. 

TERIMA KASIH.

my details:

Nama: Abbe Zyeid bin Jaafar
I/C: 810529145643
No akaun Maybank: 162058640550

                
---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls.  Great rates 
starting at 1ยข/min.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/E-sajak/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke