Dengan hormatnya dimaklumkan Jabatan Penerangan Daerah Tumpat dengan
kerjasama Persatuan Penulis Tumpat ( Pesisir )  dan PPD Tumpat (Pejabat
Pendidikan Daerah Tumpat)  akan menerbitkan sebuah antologi puisi yang
memuatkan sajak-sajak bertemakan 1 Malaysia sebelum Ogos 2009.

Berhubung perkara tersebut, tuan/puan dengan sukacitanya dialu-alukan
untuk mengirimkan sajak-sajak bertema 1 Malaysia untuk dimuatkan ke
antologi berkenaan.

Kenyataan penyertaan sajak adalah seperti berikut:

1.  Sajak-sajak adalah bertema 1 Malaysia.
2.  Sajak-sajak yang dikirimkan sebaiknya sesuai untuk dideklamasikan.
3.  Seseorang penyair boleh kirimkan sebuah atau dua buah sajak.
4.  Sajak-sajak hendaklah dihantar sebelum 14 Julai 2009.
5.  Sajak-sajak adalah karya asli penyair dan dihantar melalui e-mel ke
alamat e-mel   1malay...@pesisir.net
6.  Sajak-sajak yang dipilih untuk dterbitkan akan diberi sagu hati RM 50.
00 (Ringgit Malaysia lima puluh sahaja) untuk sebuah.
7.  Terbuka kepada semua terutamanya kepada mereka yng berasal atau yang
tinggal di Kelantan.
8.  Sertakan nama untuk tujuan penyiaran dan nama sebenar serta no akaun
bank untuk tujuan  diberikan saguhati sekiranya sajak-sajak yang
dikirimkan dipilih untuk diantologikan.
9.  Sajak-sajak daripada AJK Pesisir dan ahli pesisir juga diterima dan
dialu-alukan.


E-mel untuk dikirimkan sajak 1malay...@pesisir.net

* ikuti perkembangan semasa pesisir melalui radio web puisi pesisir
bermula jam 9.00 malam hingga 12.00 malam setiap hari di
http://www.pesisir.net

Terima kasih.


Ediramle Ismail
Setiausaha unit ICT Pesisir
b.p Pesisir.



Kirim email ke