|
Fitrah semua manusia inginkan hiburan. Berbagai
kaedah dan bentuk hiburan dibuat semata-mata untuk mendapat kepuasan.
Hiburan sejati ialah satu perkara yangboleh menggembirakan kita dan ianya
bertapak dalam hati. Ia merupakan hiburan yang sesuai dengan fitrah.
Tetapi kalau hiburan itu hanya berpusat pada nafsu, itu bukan hiburan.
Cuma kita terkeliru, mengatakan itu hiburan. Sebenarnya itu perkara yang
melalaikan. Kita mesti membezakan di antara hiburan dengan perkara
yang melalaikan. Hiburan itu menenangkan, membahagiakan dan memberi
kepuasan pada hati. Dan kesannya berpanjangan. Sekiranya ada masalah
pada ketika itu, ia boleh jadi ubat. Itulah hiburan yang menapak dan
berpusat di dalam hati. Tetapi kalau hiburan berpusat dari nafsu,
itulah perkara yang melalaikan. Ianya melalaikan kita sementara waktu.
Kita dilalai-lalaikannya pada ketika itu. Jadi kita lupalah pada masalah.
Kita terpesona dengan benda yang kita dengar dan lihat.
Katakanlah
sejam berhibur secara demikian, kita jadi terlupa masalah yang menggigit
selama ini. Bila waktu berhibur sudah lepas, kita ingat masalah balik;
ketuk kepala balik. Kadang-kadang bila balik rumah lebih parah lagi. Ini
menyebabkan kita mengalami penderitaan jiwa. Padahal kita baru lepas
berhibur. Kenapa? Kerana yang kita buat itu hanyalah memberi kepuasan
kepada nafsu; yang melalaikan. Bukan kepuasan kepada hati. Kalau hiburan
itu betul-betul bertapak di dalam hati, ia kekal. Ianya sangat memberi
kesan. Kalau sebelum itu ada masalah, dah tak timbul masalah lagi. Kalau
datang masalah dah tak `lot'. la menjadi pendinding.
Sebab itu
orang yang mengatakan hiburan sekarang itulah hiburan sebenar, dia
terkeliru. Hakikatnya, itu bukan hiburan, tapi perkara yang melalaikan.
Sebab itu penghibur adalah orang yang paling tak terhibur di dunia. Orang
yang banyak frust terutama di Barat. Dia menghiburkan orang, sepatutnya
dia paling bahagia dan paling tenang, tapi para penghiburlah yang banyak
bunuh diri, frust, kecewa, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Dia
menghiburkan orang dengan menari dan menyanyi. Kemudian dia balik ke rumah
pukul dua malam. Dia teringat-ingat macam-macam perkara yang menyusahkan
hati, tepuk dahi. Hatinya tak terisi, dia menderita jiwa.
Jadi
hiburan yang bukan hiburan itu hanyalah kepuasan nafsu yang melalaikan.
Hiburan beginilah yang berperanan di tengah kehidupan hari ini. Yang
menyebabkan manusia makin berhibur makin susah hati. Buktinya, orang yang
berhibur dengan hiburan yang ada ini pemarah orangnya. Boleh bergaul tapi
sangat sensitif, sangat emotional. Itu menunjukkan apa yang dia dapat itu
bukan hiburan. Tetapi kalau betul hiburan yang membawa bahagia, dia jadi
tenang, dia tak sensitif, tak emotional. Bahkan dah tercabar pun dia boleh
ketawa senyum lagi. Itu tanda dia mendapat hiburan yang sejati. Jadi kalau
begitu reaksinya, itu menunjukkan punca hiburan yang dia perolehi bertapak
daripada hati. Walau bagaimanapun yang menjadi asasnya adalah iman. ALLAH
berfirman dalam Quran: Ketahui olehmu dengan mengingati ALLAH itu hati
jadi tenang. (Ar Ra'd: 28)
Orang yang tidak ada iman, dalam ertikata
dia sentiasa mengingati ALLAH, dia takkan dapat kepuasan yang bertapak di
dalam hati.Jadi iman itu dulu mesti bertapak di dalam hati. Apabila ianya
telah bertapak, dengan hanya melihat ciptaan ALLAH, timbul rasa terhibur,
seronok dan indah. Jadi kalau manusia ini ditanam dengan iman,
kemudian meningkat menjadi orang bertagwa, walaupun dia kurang
mendapat hiburan di luar, sudah cukup baginya dengan hiburan yang
sudah ada dalam hati.Tapi bagi masyarakat yang tidak beriman, ataupun
tidak bertagwa, mereka memerlukan hiburan yang banyak di luar. Sebab itu
menjadi masalah. Hiburan itu sudah jemu, lagi menjemukan. Walaupun sudah
bermacam-macam jenis hiburan pun masih menjemukan lagi. Mereka nakkan
satukaedah lain untuk berhibur. Pasal apa? Kerana itu semua bukan hiburan
yang sejati.
Kalau hiburan yang sejati, ia tak bertukar-tukar. Cuma
kalau ada perkara yang menghiburkan lagi, ianya ditambah dan disuburkan
lagi. Ia tak boleh terungkai. Kalaulah sesuatu itu boleh menghibur, ia tak
boleh ungkai perkara-perkara yang lain. Kalau ada satu perkara itu
boleh menghibur, ia menyuburkan saja. Tapi kalau hiburan nafsu ia
melalaikan saja. Lepas berhibur rasa jemu. Hati kembali tidak terhibur
lagi.
Kemudian dimulakan dengan hiburan yang lain pula. Ertinya,
hiburan sebelum itu dah tak berguna. Ini payah nak difahami sebab ini
memerlukan ilmu rasa.Sebab itu orang yang kuat iman, kalau dia tak
disakitkan oleh ALLAH dan tak didatangkan ujian, rasa menderita dia.
Dia rasa ALLAH dah benci dengan dia. Umpamanya, seorang murid bila
disuruh oleh gurunya untuk membelikan sesuatu. Itulah yang seronok dan
indah. Padahal kan susah pergi kedai dengan berjalan kaki sejauh dua batu.
Tapi dia terasa dengan suruhan itu terhubung kasih sayang dengan gurunya.
Orang lain yang tak faham tentu berkata, "Kasihan budak itu. Cikgu
suruh dia berjalan kaki ke kedai sejauh dua batu. Umur baru 10 tahun,
baru darjah 4, tak patut." Tapi bagi budak itu, suruhan itu lebih daripada
patut. Itulah hiburan baginya. Begitu juga kalau orang terasa yang ALLAH
itu telah memberi kasih sayang kepada dia melalui ujian sakit. Sakit
itulah hiburan pada dia. Betapalah kalau tak sakit.Sakit pun dia terasa
terhibur dengan ALLAH, sebab dia rasa itulah hubungan kasih sayang ALLAH
dengan dia.
Jadi kita mesti bezakan hiburan nafsu dan hiburan hati.
Hiburan nafsu itulah perkara yang melalaikan. Ia hanya merunsingkan diri,
mengharu-birukan fikiran dan cuma melalaikan kita sekejap saja. Ianya
hanya dapat melupakan pada masalah buat sementara waktu. Lepas itu
berkumpul semua sekali masalah yang dihadapi. Rasa-rasa seluruh dunia
masuk ke dalam kepala kita. Berapa teruk nanti untuk menanggungnya.Sebab
itu dalam psikologi, orang yang kuat menghentam orang, dia takkan mampu
bertahan kalau dia dihentam orang. Kalau dia marah pada orang lain, dia
tak mampu bertahan kalau orang marah pada dia. Kalau dia banyak mengata
orang, insya-ALLAH dia orang paling tak tahan dikata orang. Kenapa?
Salah satu motif manusia ini menghentam orang kerana itulah hiburan
bagi dia. Yang sebenarnya dia nak lepaskan perasaan yang tak dapat
diluahkan. Ini menambahkan gelodak jiwanya. Sebab itu perlu kita
pastikan, kalau orang yang suka menghentam, `pukul' orang, `patah'kan
orang lain, itu menunjukkan jiwanya sangat sensitif. Dia sendiri pun tak
tahan diuji begitu.Kalau dia kuat mencabar orang, ertinya dia tak kuat
bertahan kalau dicabar. Sikap begini hanya boleh dikenal kalau kita selalu
bergaul dengan masyarakat terutama bagi orang berjuang insya-ALLAH boleh
faham. Kalau setakat jumpa orang sekali-sekala tak boleh faham.
Jadi kalau seseorang itu dicabar dan diganggu, tapi dia tenang dan
biasa saja hingga kadang-kadang menyebabkan orang kasihan, "Apa awak
ni tak lawan lagi," maka biasanya dia boleh bertahan bila dikata
orang. Kenapa? Kerana dia tidak suka mengata orang. Dia kurang mengata
orang sebab itu jiwanya tahan. Dia tahan dikata sebab bukan itu tempat
hiburannya.Jadi sebab itu, kalau masalah iman ini selesai, orang tak perlu
lagi hiburan yang ada sekarang ini. Memadai berhibur dengan baca Quran,
nasyid, berselawat dan ibadah-ibadah yang lain. Sudah cukup untuk puaskan
hati kita.
Cukup hanya menerima senyuman, setahun kita boleh ingat dan
terhibur. Berapa banyak orang sekali dia senyum, orang ingat dan
terhibur. Sampai dia boleh cakap, "Ya ALLAH saya rasa puas hati dengan
seorang itu. Saya sekali sahaja berjumpa bukan dia kenal saya, dia boleh
senyum dengan saya sampai setahun pun masih ingat lagi."Inikan lebih hebat
daripada kita tengok seorang penari atau penyanyi terlonjak-lonjak di atas
pentas. Pernahkah kita dengar orang sebut, "Tiga tahun saya puas hati
tengok penari tadi. Puas hati saya. Tak tengok lagi pun tak apa. Sekali
pun sudahlah. Puas hati.." Tak ada. Tapi senyuman dan kemesraan seseorang
selalu diperkatakan. Dia tak dilupakan, selalu disebut-sebut. Itu maknanya
senyuman seseorang itu fitrah. Dan targetnya adalah hati.
Itulah
hiburan hati. Rasulullah berkata: "senyum-simpulmu, kemesraanmu kepada
saudara kamu yang lain itu dikira sedekah. "Semoga kita dapat berhibur
dengan hiburan yang benar-benar menapak di dalam hati, bukan hiburan
palsu; yang berpuncak dari nafsu.
__._,_.___
******************************************************
Milis Filsafat
Posting : [email protected]
Arsip milis : http://groups.yahoo.com/group/filsafat/
Website : http://filsafatkita.f2g.net/
Berhenti : [EMAIL PROTECTED]
******************************************************
YAHOO! GROUPS LINKS
__,_._,___
|