Berikut adalah cerita dari seorang isteri yang berasal di Kuala Lumpur:

“Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor
perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran,
kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan.

Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan
kenikmatan dalam hubungan suami isteri. “Kami sentiasa sibuk dengan urusan
sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami
tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang
memberi perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi,
kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-gala urusan rumah tangga terletak di
bahu saya.

Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa
mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami
akan berakhir saya sendiri tidak tahu ”


Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di
atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas dan
kurang mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan mereka
menjalin hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan dan
perhatian insan begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana cara untuk
mengatasinya?

Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain
hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh memberi
tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri.

Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki
mengetahui hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan, hentikan
segera hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah dengan suami
secara terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin tidak terus
dingin.

Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk
berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga harus
tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula keharmonian
rumah tangga yang semakin lesu.
*  http://www.pancutkansuami.com/index.php?ref=adlan*

Apa perlu dilakukan oleh isteri :

1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan pada
diri sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama anda dan kelat
di rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia terlalu
sibuk dengan kerja dan kerjayanya di luar.

3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh
mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi
kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang.

4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri.

5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.

6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman.

7- Saling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama.

Apa perlu dilakukan oleh suami:

1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya ada
masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam keadaan
yang tenang bukan tertekan.

2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri
menyayangi anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu boleh
meretakkan hubungan suami isteri.

3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama.

4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan isteri.
Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh diterima.

5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai
pasangan.

Dapatkan lebih infomasi di

*  http://www.pancutkansuami.com/index.php?ref=adlan*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Free 
Malaysia Classified" group.
To post to this group, send email to free-malaysia-classified@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
free-malaysia-classified+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/free-malaysia-classified?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke