HIZBULLAH: BAGAIMANAKAH SIKAP KITA?
Oleh: Maszlee Malik*
(*Penulis merupakan ahli al-Quds Institute yang berpusat di Beirut, dan baru pulang dari Beirut seminggu sebelum terjadi perang di Lubnan)

Melalui isu nuklir Iran dan juga peperangan Zionis-Hizbullah, maka timbullah satu fenomena. Terdapat dua golongan yang saling bertentangan dalam menyikapi isu ini. Di satu pihak, ada golongan yang mengambil peluang isu ini untuk mempromosikan Syiah dan ideologi revolusi Iran. Di sudut yang bertentangan pula, ada pula golongan yang menentang Syiah dan menyatakan kebimbangan mereka mengenai tersebarnya ideologi Syiah kerana isu tersebut.

Pihak yang giat mempromosikan ideologi Syiah telah berhujahkan kehebatan dan ketegasan Iran berhubung isu nuklir. Mereka juga bagaikan mendapat bonus apabila Hizbullah dengan beraninya menyerang konvoi tentara Zionis yang telah menyebabkan peperangan di Lubnan. Menurut mereka, apa yang dilakukan oleh Hizbullah itu menunjukkan betapa hebatnya prinsip dan aqidah Syiah. Tidak ketinggalan, di mana-mana demo dilakukan, pasti ada saja gambar-gambar pemimpin Syiah Iran dan Hizbullah yang dibawa. T-shirt Hizbullah juga dipakai dengan bangganya oleh para pemuda dari golongan ini. Di mailing list-mailing list dan blog-blog juga terdapat artikel-artikel yang memuji Syiah, mempromosikan mereka dan coba untuk menyeru ke arah Syiah dan ideologi revolusi.

Pihak ini juga telah menggunakan peluang yang ada untuk menghantam para pengkritik Syiah, terutamanya golongan Salafi. Pendirian kerajaan Saudi yang pro-AS dan juga fatwa mufti Saudi yang terlalu kontroversi juga telah digunakan sebagai peluang untuk menghantam golongan Salafi. Bagi mereka, bukan hanya kerajaan Saudi, malah seluruh pejuang Islam yang berfahaman Salafi adalah agen Yahudi, agen AS dan juga ada yang terus mengkafirkannya. Mungkin golongan ini melupakan Usamah Bin Laden dan al-Qaeda serta para mujahidin di Checnya, Kashmir dan di Iraq yang merupakan golongan berfahaman Salafi jalur keras. Mereka juga mungkin tidak menghiraukan HAMAS yang merupakan cabang Ikhwan al-Muslimin di Palestina. Ikhwan telah dikenali di seluruh dunia sebagai gerakan yang mengambil aqidah "Salafiyyah" sebagai aqidah mereka. Mungkin juga Dr Yusuf al-Qaradawi terlupakan dari daftar mereka. Al-Qaradawi adalah seorang yang beraqidahkan salafiyyah, malah tulisan beliau mengenai syirik, bid'ah dan juga aqidah jelas menunjukkan pegangannya yang bersumberkan ajaran Ibn Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahab.

Di satu sudut pula, ada golongan yang bulat-bulat menerima fatwa mufti Saudi. Berbekalkan kenyataan-kenyataan Abu Mus'ab al-Zarqawi di Iraq, mufti tersebut telah menyamaratakan semua golongan Syiah di muka bumi ini.

Jika hukuman yang diberikan atas golongan Syiah itu berkaitan dengan aqidah, mayoritas akan setuju. Malangnya, situasi di Lubnan sekarang adalah isu politik. Isu politik harus ditafsirkan dan ditangani dengan menggunakan neraca politik. Di dalam pertimbangan politik, bukannya aqidah yang menjadi pegangan dan ukuran, tetapi maslahah (keuntungan) dan mafsadah (kerugian). Umat Islam haruslah mengutamakan maslahah (keuntungan) yang lebih besar kepada umat secara keseluruhan dan mengelakkan mafsadah (mudarat) pada umat.

Begitu juga di waktu peperangan. Rekan kita, bukanlah hanya mereka yang seaqidah, tetapi siapakah yang dapat memberikan manfaat kepada umat. Rekan kita di waktu peperangan juga, ialah siapa saja yang sedang menentang musuh kita. Seperti kata pepatah Inggris "The enemy of my enemy is my friend". Jikalaulah yang dapat bersama untuk menyelamatkan maslahah umat Islam itu bukan Islam sekalipun, kita wajib bersama mereka. Apatah lagi, jika yang dapat bersama kita untuk menentang musuh bersama itu di kalangan umat Islam sendiri.

BAHASA POLITIK

Di dalam isu perang Zionis atas Lubnan, sewajarnya isu aqidah ini tidak timbul. Isu ini haruslah disikapi dengan penuh kematangan dan dengan penuh strategi. Isu pokoknya adalah isu Palestina. Apa yang dilakukan oleh Hizbullah adalah bertujuan untuk membantu rakyat Palestina yang telah ditekan dan korban keganasan rejim Zionis sejak kemenangan HAMAS di dalam pemilihan Majelis Legislatif yang lalu. Hizbullah pula, juga memang telah berjanji dengan HAMAS untuk sama-sama saling membantu dalam menentang rejim Zionis. Jasa mereka harus diberikan kredit. Begitu juga dengan Iran yang merupakan bapak Hizbullah. Pendirian-pendirian mereka berhubung isu Palestina tidak boleh dipandang remeh. Jika dibandingkan dengan lain-lain negara anggota OIC, Iran lebih ke hadapan setelah Qatar, Syria dan Yemen. Di dalam isu ini, biarlah bahasa politik yang kita gunakan dan bukannya bahasa "agama" atau "aqidah".

Bukanlah saya bermaksud untuk menjadi sekuler, tetapi kebijaksanaan umat Islam untuk berpolitik itu perlu. Umat Islam harus berusaha mengurangkan musuh dan bersikap fokus. Maslahah umat Islam yang lebih besar harus didahulukan. Di dalam politik, usaha membanyakkan rekan dan mengurangkan musuh amat perlu. Bila rekan kita ramai, risiko ke atas umat akan kurang, berbanding jika kita mempunyai terlalu ramai musuh.

Sama juga seperti isu Palestina. Seharusnya umat Islam menjadikan isu Palestina ini sebagai ruang untuk mencari kekuatan. Isu ini sepatutnya dijadikan ruang untuk kita bertemu dan bersatu untuk menentang Zionis. Bukan hanya sekadar Syiah-Sunnah, tetapi juga mazhab-mazhab dalam Islam seperti Ibadhiyyah, Zaiidiyyah, malah dengan Kristian yang bersimpati dengan kita sekalipun kita sepatutnya bersatu. Seharusnya kita berusaha meramaikan rekan di dalam kelompok yang menentang Zionis dan berusaha megurangkan musuh. Inilah usaha yang dilakukan oleh al-Quds Institute dalam mempertahankan Masjid al-Aqsa. Bukan hanya sekadar wakil dari Syiah juga turut menganggotai institut ini, malah wakil-wakil Kristian juga ada di dalamnya. Mungkin pengalaman Salahudin mengambil Kristian-kristian Arab untuk bersama menentang tentara Salib boleh dijadikan contoh.

Walau bagaimanapun ini bukanlah bermaksud kita perlu mengakui kebenaran aqidah Syiah. Mana mungkin kita mengakui kebenaran aqidah mereka yang menuduh Aisyah berzina, mana mungkin kita bersetuju dengan aqidah orang-orang yang mengkafirkan sahabat, menghina isteri-isteri Rasul, menolak hadis-hadis kita dan juga menganggap ahli sunnah sebagai penghuni neraka?

Di dalam persoalan aqidah kita wajib tegas. Kita wajib mempertahankan aqidah kita. Namun, di dalam isu politik dan peperangan, bahasanya lain. Maka kita mempunyai pendirian yang tegas. Apa yang berlaku tidak akan sekali-kali menyebabkan kita terpengaruh dengan aqidah Syiah. Apa yang berlaku juga sekali-kali tidak akan membuatkan kita termakan dengan taqiyah dan juga penyelewengan aqidah mereka. Kita katakan "YES Hizbullah, but NO Syiah!", atau "YES Hizbullah but NO Aqidah Syiah!"

LUBNAN BUKAN IRAN DAN PAKISTAN

Golongan yang tidak dapat menyokong Hizbullah dan bersimpati terhadap mereka kebanyakannya tidak dapat melupakan pelanggaran-pelanggaran golongan Syiah di Iraq dan Pakistan. Memang benar, di Pakistan dan Iraq hatta di Iran, hubungan Sunni-Syiah amat tegang. Syiah di Pakistan adalah minoritas yang berusaha memastikan survival mereka dan bersikap agresif untuk memastikan kewujudan mereka di bumi itu. Pertumpahan darah antara kedua golongan adalah sesuatu yang biasa di sana. Begitu juga di Iraq. Hubungan Sunni-Syiah, (terutamanya pasca penjajahan AS) semakin tegang. Usaha golongan Syiah untuk menguasai Iraq bukan lagi rahasia. Mereka sanggup membunuh, bersekongkol dengan AS dan juga melakukan tipu daya demi memastikan matlamat mereka dicapai. Keadaan di sana telah dapat menarik perhatian Dr Yusuf al-Qaradawi untuk mencampur dan memberikan peringatan kepada golongan Syiah di Iraq.

Walau bagaimanapun suasana di Lubnan agak berbeda. Walaupun Hizbullah merupakan wakil Syiah di Lubnan bersama gerakan Amal, namun survival mereka di sana berbeda. Syiah di Lubnan terpaksa bersatu dengan ahli Sunnah demi memastikan survival mereka. Lubnan yang didominasi golongan Kristian telah memaksa komunitas muslim tidak berperang sesama sendiri. Fenomena ini walaupun ada hanya selepas berakhirnya peperangan saudara (1975-1990), namun ianya dapat bertahan sehingga kini. Kepahitan peperangan saudara telah menyaksikan bagaimana setiap golongan berjuang untuk mempertahankan kewujudan masing-masing. Peristiwa itu telah menjadi peristiwa hitam yang tidak mau diingati lagi oleh sesiapa pun di Lubnan. Di atas dasar inilah, Perdana Menteri Lubnan, Fuad Siniora tetap tegas untuk menyokong Hizbullah di dalam mempertahankan negara mereka dari serangan Zionis. Beliau dan juga pemimpin-pemimpin bukan Syiah di Lubnan tetap tegas untuk tidak mengikut telunjuk Zionis yang memaksa mereka untuk menentang Hizbullah.

Secara tegas, para pemimpin Lubnan menyatakan bahwa mereka tidak akan mengulangi peperangan saudara seperti yang pernah mereka lakukan dahulu. Serangan Zionis ke atas Lubnan, adalah serangan ke atas rakyat Lubnan dan bukannya serangan ke atas Hizbullah semata-mata. Mereka bersepakat di dalam hal ini. Sekali lagi, faktor politik membawa sikap yang berbeda di dalam kehidupan. Di Lubnan, aqidah bukan isunya lagi, tetapi survival kelompok dan juga keamanan bersama adalah agenda utama setiap golongan. Hal in berbeda dengan suasana di Iraq dan Pakistan, hatta di Iran sekalipun.

HIZBULLAH DAN HAMAS

Berkaitan isu Palestina pula, pendirian Hizbullah patut diberikan kredit. Bukan karena mereka Syiah, tetapi karena komitmen mereka. Jika Iran dikaitkan sebagai penyebab utama munculnya Hizbullah, kita juga tidak boleh melupakan peranan rakyat Palestina sendiri. Sebelum kemunculan Hizbullah, dan sebelum ideologi revolusi Iran diekspor ke Lubnan, kelompok Syiah yang berjuang menentang Zionis kebanyakan berpayungkan perjuangan PLO dan sosialis. Di bawah payung PLO jugalah mereka telah dilatih dan dilibatkan untuk menentang penjajahan Zionis di selatan Lubnan. Setelah kemunculan Hizbullah, kebanyakan para komando dan pejuang Syiah ini telah menyertai Hizbullah. Kebanyakan mereka menyertai Hizbullah karena PLO telah diusir keluar dari Lubnan pasca perjanjian Philip Habib dengan para pemimpin Lubnan pada tahun 1982. Di atas dasar inilah, Hizbullah dan perjuangan rakyat Palestina mempunyai hubungan yang sentimental. Mereka tidak akan melupakan rakyat Palestin yang telah memperkenalkan mereka kepada perjuangan dan jihad.

Kemunculan HAMAS yang membawa ideologi Islam juga telah mencorakkan warna yang baru kepada perhubungan Hizbullah-Palestina. HAMAS yang mewakili perjuangan Islam Ahli Sunnah menentang Zionis, telah setuju dengan Hizbullah yang mewakili perjuangan Islam Syiah di dalam jihad mereka. Musuh mereka yang satu perlu ditentang bersama. Seperti kata pepatah Sudan "dua tangan akan melontar lebih jauh daripada satu tangan sahaja". Kewujudan HAMAS di Lubnan sekarang ini pun mempunyai kaitannya dengan Hizbullah. Keselamatan wakil HAMAS di Lubnan, seperti Usamah Hamdan, Muhammad Nazal dan lain-lain juga berhubungan erat dengan kekuatan Hizbullah. Tanpa kekuatan Hizbullah di Lubnan, kemungkinan besar mereka telah diusir atau telah lama dibunuh oleh golongan Zionis. Hal ini telah diketahui oleh dunia, malah oleh rejim Zionis sendiri. Namun, ini tidak menjadikan pula para anggota HAMAS bersimpati dengan aqidah Syiah dan menjadi Syiah. Di dalam literatur-literatur aqidah Ikhwan, tetap menyebutkan Syiah sebagai golongan yang rusak aqidahnya. Sikap seperti inilah yang sepatutnya kita ambil.

HANYA SYIAH YANG DAPAT MENGUSIR ISRAEL

"Hanya Syiah saja yang mampu untuk mengusir Israel!", slogan inilah yang selalu dikumandangkan oleh sebagian pihak yang mempromosikan ideologi Syiah. Keupayaan Hizbullah mengusir tentara Zionis dari selatan Lubnan pada Mei 2000 telah dijadikan dalil yang paling sahih di dalam membela Syiah. Bagi para pendengar yang mengikut saja tanpa berfikir dan mengkaji, fakta ini akan diterimanya bulat-bulat. Akhirnya terdetik di dalam hati, Syiah sajalah yang betul dan paling layak untuk mengalahkan musuh Islam. Adakah ini benar?

Ya, memang Hizbullah telah berhasil mengusir tentara rejim Zionis dari selatan Lubnan, tetapi mereka bukanlah satu-satunyayang dapat mengalahkan Zionis. Cukuplah Salahuddin al-Ayubi sebagai bukti. Beliau bukanlah seorang Syiah, tetapi ahli Sunnah. Malah, sebelum beliau melancarkan kampanye perang atas tentara Salib, beliau terlebih dahulu membersihkan bumi Mesir daripada golongan Syiah Fatimiyin. Syiah Fatimiyah telah bertindak menikam umat Islam dari belakang ketika mereka sedang bertempur dengan tentara Salib. Di atas dasar itulah, Salahudin terlebih dahulu menumpukan usaha menghapuskan Syiah Fatimiyah sebelum berjihad menentang tentera Salib. Kesimpulannya, Ahli Sunnah mampu untuk mempertahankan Palestin dan Masjid al-Aqsa.

Adakah kita terlupakan peperangan Arab-Zionis pada tahun-tahun 1947-1948. Lupakah kita terhadap kemenangan tentara-tentara sukarelawan Mesir dan Syria dari kalangan anggota gerakan Ikhwan al-Muslimin? Mereka hampir saja berhasil menghapus kekuatan penganas-penganas Zionis. Jika tidak karena campurtangan British dan pemimpin-pemimpin Arab yang korup dan pengkhianat, sudah tentu Israel tidak akan wujud. Kesimpulannya, ahli Sunnah juga pernah mengalahkan Zionis.

Lupakah juga kita kepada peperangan 1973, kehebatan tentara Mesir mengalahkan rejim Zionis sehingga memaksa Zionis menggunakan pengaruh mereka terhadap Anwar Sadat, presiden Mesir pada waktu tersebut. Sadat telah mengkhianati rakyat Mesir melalui Camp David 1978. Walaupun Mesir telah mendapatkan kembali Sinai, tetapi mereka terpaksa melupakan isu Palestina. Kesimpulannya, Ahli Sunnah juga pernah mengalahkan tentara Zionis.

Lupakah juga kita pada peperangan Karamah 1968 di Jordan? Tentera Zionis telah dikalahkan dengan telak dalam peperangan di antara mereka dengan tentara Jordan. Sampai saat ini, tank Zionis yang telah berhasil ditawan oleh Jordan lewat peperangan tersebut masih terdapat di kawasan al-Gahur, Jordan. Hingga hari ini, pada setiap 21 Agustus setiap tahun, Jordan akan merayakan hari kemenangan tersebut. Sekali lagi, kesimpulannya, Ahli Sunnah juga pernah mengalahkan tentera Zionis.

Akhir sekali yang paling hampir dengan kita adalah pengunduran tentara Zionis beserta penduduk Yahudi dari Gaza secara keseluruhannya pada Agustus 2005. Bukankah itu merupakan satu kemenangan. "Indihar al-Suhyuniah" (Pengunduran Zionis) itu merupakan antara buah kejayaan gerakan Intifadah rakyat Palestina. HAMAS, Jihad Islami, brigade Syuhada al-Aqsa milik Fatah dan juga lain-lain fraksi perjuangan berhak menerima kredit untuk tujuan tersebut. Bukankah mereka ahli sunnah? Sekali lagi, ahli sunnah juga mampu untuk mengalahkan Zionis. Bukan sekali, malah banyak kali, jauh lebih banyak daripada golongan Syiah!

Jika itu skenario di Palestina, di tempat lain di dunia ini banyak lagi contoh yang boleh dibanggakan oleh Ahli Sunnah. Perang di Afghanistan sebagai contoh. Bukankah para mujahidin telah berjaya mengalahkan Rusia. Mereka bukannya kelompok Syiah. Syiah hanya datang selepas kemenangan untuk meluaskan pengaruh mereka di sana dan telah menyebabkan perang saudara meletus. Di Bosnia, para mujahidin "Salafi Jihadi" telah berjaya mengalahkan tentara Serbia. Mereka bukan Syiah. Di Checnya, para mujahidin "Salafi Jihadi" di sana juga bukan Syiah. Di Iraq juga, para mujahidin adalah dari kalangan ahli sunnah. Syiah pula telah melakukan berbagai cara dan makar untuk menguasai Iraq, sehingga sanggup bekerjasama dengan AS.

Kesimpulannya, perjuangan jihad dan juga kemenangan tidak terletak pada Syiah atau tidaknya sesuatu kelompok. Maka, adalah sebuah kekeliruan bagi mereka yang mempromosikan Syiah lewat isu Hizbullah ini!

PENDIRIAN YANG PATUT DIIKUTI

Sebagai kesimpulan, bolehlah kita katakan, isu yang muncul sekarang ini wajib disikapi oleh umat Islam dengan bijaksana. Isu ini bukanlah hujjah bagi promotor Syiah untuk mempromosikan aqidah dan ideologi mereka. Waktu ini juga bukanlah waktu untuk berbicara mengenai kesesatan aqidah Syiah. Kita berada di dalam suasana peperangan.

Pendirian Dr Yusuf al-Qaradawi dan Majlis Ulama Islam Sedunia (International Union for Muslim Scholars) wajar dicontoh, walaupun beliau menyeru umat Islam di Lubnan untuk membantu Hizbullah menentang Zionis, tetapi beliau tetap memberikan amaran kepada Syiah di Iraq agar memberhentikan serangan ke atas Ahli Sunnah. Pendirian Jammat Islamiyyah di Lubnan pimpinan Ibrahim al-Masri, juga wajar dicontoh. Jamaat yang merupakan naungan Ikhwan di Lubnan telah menyetujui mengerahkan kader-kader mereka untuk mengangkat senjata bersama Hizbullah menentang Zionis, tetapi di dalam literatur-literatur tarbiyah mereka tetap menyebutkan aqidah Syiah sebagai aqidah yang batil dan sesat.

Akhir sekali, perbincangan yang tidak membuahkan amal bukanlah sesuatu yang menguntungkan. Di waktu kita sibuk di dalam mempromosikan Syiah, ataupun menghantam Syiah, ratusan anak-anak dan wanita terus menjadi mangsa kegilaan rejim Zionis. Tidak menjadi soal, anda pro-Hizbullah ataupun pro-HAMAS, yang penting apakah sumbangan anda di dalam isu ini?

Bukan hanya di Lubnan, malah di Gaza, di Tebing Barat, dan di Baitul Maqdis... semuanya memerlukan sokongan anda. Rakyat Palestina terus dilupakan walaupun sekatan ekonomi masih lagi diberikan atas mereka. Rakyat Palestian di Gaza terus dalam keadaan kegelapan, sekolah-sekolah telah hancur, kerajaan di bawah pimpinan HAMAS tetap ditekan, rakyat masih kelaparan. Sampai saat ini, lima menteri kabinet Palestina masih ditahan, 25 ahli parlemen masih dipenjarakan oleh Zionis, dan lebih 10,000 tahanan Palestina masih lagi tersiksa di dalam tahanan Zionis. Masjid al-Aqsa masih lagi diancam. Sampai saat ini, sudah sebulan umat Islam tidak dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa karena dikepung oleh polisi Zionis. Pada 3 Agustus 2006, sekumpulan ekstrimis Zionis telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Zionis untuk memasuki kawasan Masjid al-Aqsa untuk melakukan upacara perayaan mereka.

Lakukan sesuatu. Hulurkan sumbangan anda. Bangunlah pada sepertiga malam terakhir untuk bermunajat kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada umat Islam. Lakukanlah juga Qunut Nazilah menurut Sunnah Rasulullah SAW, boikot barang-barang Zionis, dan bantulah mereka sekadar yang anda mampu.

Jika anda masih lagi hendak membicarakan persoalan Sunnah-Syiah di dalam keadaan seperti ini, di manakah Fiqh Awlawiyat anda?

Artikel Asli/Sumber:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15004
********************************************************
Mailing List FUPM-EJIP ~ Milistnya Pekerja Muslim dan DKM Di kawasan EJIP
********************************************************
Ingin berpartisipasi dalam da'wah Islam ? Kunjungi situs SAMARADA :
http://www.usahamulia.net

Untuk bergabung dalam Milist ini kirim e-mail ke :
[EMAIL PROTECTED]

********************************************************

Kirim email ke