Waalaikum salam...
pak Rahmat smoga informasi ini bermanfaat...





KELEBIHAN BULAN SYAABAN 
Assalamualaikum wbt dan sambutlah salam ria ceria daripada Man di sini.Apa 
khabar sekarang dan hari-hari yang telah berlalu? Semoga sentiasa 
dijauhkan daripada segala bentuk kedukacitaan .Man harap sudi-sudilah 
hantar, hantarkan berita ataupun seangkatan dengannya untuk tatapan Man di 
sini.Sekian untuk kali ini .................. 
Insya Allah, pada 20/11/98, bermulalah bulan Syaaban, bulan yang 
dimuliakan Rasulullah saw. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Sabda Nabi s.a.w. :- 
'Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan 
Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.' 
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah 
tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di 
dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan 
Nabi Daud. 
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah 
atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di 
dalam 
kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah 
keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. 
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir 
khamis 
daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. 
Berkata Siti Aisyah r.a. :- 
'Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.' 
Sabda Nabi S.A.W. :- 
'Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah 
mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).' 
Sabda Nabi S.A.W. :- 
'Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga 
hari 
daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali 
sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah 
lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu 
tiga ratuspintu rahmat.' 
Sabda Nabi S.A.W :- 
'Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan 
puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.' 
Sabda Nabi S.A.W :- 
'Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan 
Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya 
seperti kelebihanku atas segala Anbia'. Kelebihan Ramadhan atas 
bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.' 
Bulan Syaaban - keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan 
Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul 
Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada 
Rasulullah S.A.W. lalu katanya :- 
'Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 
tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik 
denganNya sesuatu, 
kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka 
terhadap ibubapa.' 
Sabda Nabi S.A.W. :- 
'Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan 
dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada 
bertutur dengan saudaranya. 
Sabdanya lagi :- 
'Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya 
bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, 
Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang 
ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku 
rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. 
Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang 
buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban. 
Tersebut di dalam kitab Iqna', bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam 
Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada 
Rasulullah S.A.W. 
kali keduanya, katanya :- 
'Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala 
umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu 
Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu 
syurga.' 
Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :- 
'Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada 
malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat 
sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya 
padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur 
pada 
malamnya. 
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam 
orang :- 
Orang yang kekal minum arak. 
Orang yang derhaka dua ibubapanya. 
Orang yang kekal dalam zina. 
Orang yang banyak berkelahi. 
Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta. 
Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. 
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. 
terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu 
kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, 'Mudah-mudahan aku 
daripada umat Muhammad S.A.W.' 
  
AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN 
Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful 
Maarif) hendaklah dibaca "Yasin" dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya 
dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula 
Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan 
diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula 
Yasin serta diniatkan minta 
dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya. 
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat 
dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah 
dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan 
penghulu Istighfar. 
Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh) 
Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang) 
Membaca al-Quran. 
Membaca Tasbih. (seratus kali) 
Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang) 
Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat 
asar). 
Solat-solat sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, 
Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, 
Sunat Witir dan 
Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknya memohon 
hajat 
sesuatu). 
Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali 
menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal 
taat itu mengandungi bahaya. 
Sabda Rasulullah S.A.W. :- 
"Rebutlah peluang lima sebelum lima : 
Masa muda sebelum tiba masa tua. 
Masa sihat sebelum tiba masa sakit. 
Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. 
Masa kaya sebelum tiba masa papa dan 
Masa hidup sebelum tiba mati." 
Sabdanya lagi :- 
"Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan 
adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan 
memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya." 
Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat 
semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih 
tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal 
sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang 
banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan 
pergi tidak akan 
pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T.  InsyaAllah.  
Wallahualam. 




"Rahmat Hidayat" <[EMAIL PROTECTED]> 
Sent by: [EMAIL PROTECTED]
08/28/2007 11:02 AM
Please respond to
Forum Ukhuwah Pekerja Muslim di Kawasan EJIP    <[email protected]>


To
"Forum Ukhuwah Pekerja Muslim di Kawasan EJIP" <[email protected]>
cc

Subject
[ FUPM-EJIP ] NIPSU SYABAN






Assalamu alaikum wr wb
 
Hari ini tanggal 15 syaban, mohon penjelasannya tentang nipsu syaban
 
salam
Rahmat H********************************************************
Mailing List FUPM-EJIP ~ Milistnya Pekerja Muslim dan DKM Di kawasan EJIP
********************************************************
Ingin berpartisipasi dalam da'wah Islam ? Kunjungi situs SAMARADA :
http://www.usahamulia.net

Untuk bergabung dalam Milist ini kirim e-mail ke :
[EMAIL PROTECTED]

Untuk keluar dari Milist ini kirim e-mail ke :
[EMAIL PROTECTED]
********************************************************

<<image/gif>>

********************************************************
Mailing List FUPM-EJIP ~ Milistnya Pekerja Muslim dan DKM Di kawasan EJIP
********************************************************
Ingin berpartisipasi dalam da'wah Islam ? Kunjungi situs SAMARADA :
http://www.usahamulia.net

Untuk bergabung dalam Milist ini kirim e-mail ke :
[EMAIL PROTECTED]

Untuk keluar dari Milist ini kirim e-mail ke :
[EMAIL PROTECTED]
********************************************************

Kirim email ke