Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa

Sumber Utusan 
Malaysia<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm>
(
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
)

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai
dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda,
aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.
Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu
sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang
500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat
Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan
Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss
Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.
Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta
yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50
jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji
pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat
sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web
www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan
pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari
ini.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin
yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan
yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah
haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam
segala bentuk pelaburan seumpama itu.
''Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang
berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,'' katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat
Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan
komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.
Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya
aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang
kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).
Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan
Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam
pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang
tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih
meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada
lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi
berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan
urusan pelaburan menerusi Internet.
Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi
undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.
Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang
menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.
Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com;
www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us;
www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.comdan
www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai
keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali
sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).
Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD)
berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.
Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan
lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar
kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan
kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus
sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.
Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di
Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan
berjaya mengabui mata para pelabur.


Azman Hussien
[EMAIL PROTECTED]
http://www.hartanah-bumiputera.com
Hartanah-Bumiputera adalah laman percuma untuk sesiapa sahaja mengiklankan
rumah, pangsapuri, banglo,apartment, kondominium, flat, tanah lot atau ruang
pejabat/kedai atau ladang/kebun. Anda boleh mengiklankan hartanah anda sama
ada untuk dijual atau disewakan secara percuma selama 365 hari.


[Non-text portions of this message have been removed]



http://www.bukusiber.com
http://www.giantproduct.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke