TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang
dimuliakan. Pada pagi ini saya akan berbicara tentang Yvonne Ridley 
dimana
pada dua tiga hari yang lepas telah menyampaikan ceramah-ceramah di 
Pulau
Pinang. Mendengar ceramah beliau bermakna kita sedang mendengar ceramah
dari seorang yang mengenali islam secara susah dan selepas beliau 
mengkaji
maksud dan isi islam yang sebenarnya selepas beliau di tahan oleh pihak
Taliban. Tidak seperti kita yakni orang-orang melayu yang beragama 
islam.
Kita merupakan golongan islam baka. Pada satu segi kita berkata
alhamdulillah kerana sejak dari awal lagi kita sudah beragama islam
disebabkan ibubapa kita beragama islam.
        Dari segi yang lain segelintir daripada kita kerugian sebab 
kita
merasakan bahawa kita sudah baik sedangkan dalam banyak hal kita tidak
baik. Orang seperti Sister Yvonne Ridley, dia terpaksa mencari dan 
bersusah
payah untuk mengenali islam. Justeru apabila beliau telah memperolehi 
islam
di jiwanya kita dapat melihat seorang peribadi yang jauh berbeza 
daripada
kita melayu islam dan islam baka ini. Beliau yakin, benar-benar percaya 
dan
beliau bersungguh-sungguh ingin menghayati islam yang sebenarnya.
        Beliau mengatakan bahawa selepas di tahan oleh pihak Taliban 
selama
beberapa hari, maka pihak Taliban telah berjanji akan membebaskan 
beliau.
Beliau pula berjanji jika pihak Taliban berjaya menunaikan janji untuk
membebaskannya, beliau berjanji akan mengkaji al-quran. Maka pihak 
Taliban
telah menunaikan janji mereka. Sister Yvonne Ridley telah di bebaskan.
Beliau juga telah menunaikan janjinya untuk mengkaji al-quran.
Alhamdulillah kesan daripada kajian itulah menjadikan Yvonne Ridley 
yakin
dengan islam dan akhirnya memeluk agama islam lebih kurang tiga tahun 
yang
lepas.
         Kita kenal siapa sister Yvonne Ridley. Beliau merupakan 
seorang
wartawan yang terkenal. Bekerja dengan berbagai agensi media antaranya
ialah BBC. Pernah mendapat anugerah khas dibidang kewartawanan yang di
ceburinya. Beliau pada hari ini adalah seorang muslimah. Memakai 
tudung,
menutup aurat dan merasa bangga dengan islam dan penghayatannya. Inilah
peribadi yang hendak kita contohi.
         Justeru saya merasakan bahawa al-quran ini amat penting 
tuan-tuan
& puan-puan yang dimuliakan. Jika kita betul-betul membaca dan memahami
al-quran, kita baca untuk memasukkan quran ke hati kita, Kita baca 
untuk
memahami isi-isinya agar kefahaman itu masuk ke intelek dan minda kita,
kita akan berubah tuan-tuan & puan-puan. Perubahan yang kita rasai 
hasil
daripada cahaya al-quran itu akan menyebabkan kita bergerak, kita hidup
sekaligus kita juga hendak mengubah persekitaran dan suasana di 
sekeliling
kita seperti yang berlaku ke atas sister Yvonne Ridley.
         Al-Quran telah mengubah beliau. Perubahan itu menyebabkan 
beliau
juga hendak mengubah masyarakat. Hendak mengubah dunia sedaya upaya 
beliau.
Ini yang Allah swt janjikan kepada kita sebagai contoh dalam surah 
Fussilat
ayat 44 yang berbunyi, "Qul huwalillazi na a manu hudaun wasyifak" yang
bermaksud "Katakanlah Muhammad al-quran ini bagi orang-orang yang 
beriman
merupakan petunjuk dan penawar ". Jangan lupa kalimat Hudaun dan syifa.
Bagi orang-orang yang berjaya, al-quran merupakan petunjuk. Petunjuk 
ini
seperti peta tuan-tuan & puan-puan. Dalam perjalanan kita di alam maya 
pada
ini kita bakal menghadapi ujian dan cabaran. Maka al-quran memandu kita
kearah destinasi yang betul.
          Al-Quran mampu mengeluarkan kita daripada masalah-masalah 
dalam
perjalanan yang kita harungi. Sekaligus al-quran merupakan huda dan
al-quran merupakan peta. Jangan buang peta ini tuan-tuan & puan-puan.
Jangan diambil peta lain. Peta lain menceritakan benda yang lain. Tiada
kaitan dengan alam ini. Kita berada di alam ini ambillah peta yang 
sesuai
dengan alam ini. Al-quran bercakap tentang peta yang sesuai dengan alam
ini. Maka ia merupakan huda atau petunjuk.
           Kedua kata Allah al-quran merupakan syifa. Syifa bermaksud
penawar. Penawar berlawanan dengan racun. Cubalah ambil racun. Anda 
akan
menderita dengan kemudaratan yang menimpa. Cubalah ambil penawar. Ia
merupakan ubat yang menyembuhkan, menyihatkan dan ia mendatangkan
kesejahteraan kepada anda dan kita semua. Itulah al-quran. Ia syifa. 
Ramai
beranggapan al-quran merupakan bala. Sebahagian beranggapan al-quran
merupakan bebanan, masalah tetapi al-quran mengatakan sebaliknya.
           Sister Yvonne Ridley telah mendapat al-quran ini. Beliau 
berubah
bila mendapat peta dan penawar. Apa masalah kita yang berbangsa melayu 
yang
beragama islam di Malaysia ini secara umumnya. Antara masalah kita 
ialah
cara kita berhubungan dengan al-quran kadang kala tidak betul. Kita 
lebih
menekankan kepada sebutan. Yvonne Ridley memberi penekanan kepada 
pemahaman
maksud. Kita melayu islam banyak menekankan tentang suara, lagu dan
sebutan. Ia memanag satu semaian yang baik. Orang-orang melayu di 
Malaysia
pentingkan quran. Ini satu semaian yang baik. Sejak dari kecil lagi 
kita
telah menghantar anak kita kepada guru-guru yang mengajar quran. Ini 
satu
yang baik. Saya tidak pernah mengatakan ianya tidak baik.
            Kita hendak membaca dengan sebutan yang betul, tajwid yang
betul. Ini satu semaian yang baik. Sayangnya kita berhenti di situ dan
berpuas hati dengannya. Akhirnya kita menyebutnya memang sedap. 
Makasudnya
kita tidak faham. Bila tidak faham bagaimana ia menjadi petunjuk dan
penawar kepada kita. Semoga insyaallah pada pagi yang permai ini
sama-samalah kita lakukan perubahan pada nasib dan masa depan kita
berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Mari kita mengaji quran 
tuan-tuan
& puan-puan. Membaca Surat khabar sudah. Mengaji belum. Mari kita 
mengaji
dan memahaminya. Semoga dengan itu kita akan menjadi seperti sister 
Yvonne
Ridley yang bangun, bergerak dan menghayati berdasarkan kefahaman 
quran.
Contoh sudah ada. Insyaallah semoga kita boleh mencontohi orang-orang 
yang
baik. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita insyaallah.

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 7 
Ogos
2006, hari Isnin jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 mhz.

---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke