Baitul Maqdis
 
Perihal pertama yang terbayang dalam jiwa, kesedaran dan pemikiran kaum 
Muslimin adalah Baitul Maqdis merupakan kiblat mereka yang pertama, di mana 
dalam solat Rasulullah SAW bersama para sahabat-sahabatnya tetap menghadap ke 
Baitul Maqdis semenjak solat diwajibkan di malam Isra' dan Mi'raj pada tahun 
kesepuluh selepas Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul atau tiga tahun sebelum 
Hijrah. Mereka tetap menghadap Baitul Maqdis di Jerusalem dan setelah berhijrah 
ke Madinah selama satu tahun enam bulan, sehingga turun ayat Al-Quran yang 
memerintahkan mereka untuk menghadap ke Ka'bah atau Masjidil Haram yang 
terletak di Makkah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 

"Dan dari mana saja kamu berangkat, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil 
Haram. Dan di mana saja kamu berada, maka palingkanlah wajahmu kearahnya''. 
(QS, Al-Baqarah: 150) 
  
Baitul Maqdis Sebagai Negeri Isra' dan Mi'raj 

Perihal kedua yang terbayang dalam jiwa dan kesedaran kaum Muslimin adalah 
Allah telah menjadikan Baitul Maqdis sebagai perhentian terakhir perjalanan 
Isra' di bumi dan permulaan perjalanan Mi'raj ke langit. Kehendak Allah SWT 
telah menghendaki untuk memulai perjalanan Isra' Muhammad di bumi pada malam 
yang penuh berkat itu dari Masjidil Haram di Makkah di mana Rasulullah SAW 
berkediaman dan Dia menghendaki akhir perjalanannya di Masjidil Aqsa. Kisah 
Isra' dan Mi'raj adalah kaya dengan tanda-tanda dan isyarat yang menunjukkan 
ketinggian kedudukan tempat yang berkat ini, di sanalah Malaikat Jibril 
mengikatkan Buraq; haiwan ajaib yang menjadi alat pengangkutan Rasul SAW dari 
Makkah ke Baitul Maqdis. Buraq tersebut diikatkan di Sakhrah hingga Rasul SAW 
kembali dari perjalanannya yang terakhir bermula dari Masjidil Aqsa menuju ke 
langit yang paling tinggi di Sidratul Muntaha. Kenangan perjalanan ini telah 
mewariskan kpd kaum Muslimin rupa Batu Sakhrah dan
 Dinding Buraq.  

Kedudukan Baitul Maqdis Sebagai Kota Besar Islam Yang Ketiga 

Baitul Maqdis yang terdapat padanya Masjidil Aqsa, diberkati sekelilingnya oleh 
Allah SWT adalah kota ketiga terbesar Islam, selepas yang pertama ialah Makkah 
Mukarramah yang dimuliakan Allah dengan Masjidil Haram-Nya dan yang kedua pula 
ialah Madinah Al-Munawwarah yang dimuliakan Allah dengan adanya Masjid 
An-Nabawi dan mengandungi makam Rasulullah SAW. Al-Qur'an telah memberitahukan 
ketinggian kedudukan Masjidil Aqsa dan keberkatannya sebelum Masjidil Nabawi 
dibangunkan dan beberapa tahun sebelum hijrah. Ketetapan Al-Qur'an tersebut 
telah dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Solat di Masjidil Aqsa adalah sama nilai pahalanya dengan lima ratus kali 
solat di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. 
(H.R Bukhari-Muslim)  

Baitul Maqdis Sebagai Negeri Kenabian dan Keberkatan 

Baitul Maqdis adalah sebahagian dari negara Palestin dan bahkan ia merupakan 
buah mata dan urat nadinya; Allah SWT menerangkan sifat negeri ini dengan 
"keberkatan" pada lima tempat di dalam Kitab-Nya; salah satunya ialah dalam 
surah Al-Isra' ketika Allah SWT mensifatkan Masjidil Aqsa sebagai (yang 
bermaksud): 

"Yang kami berkati sekelilingnya". (Al-Isra': 1) Ibnu Kathir berkata" 
Sebahagian para Imam berkata: Dari tiga tempat inilah Allah mengutus nabi-nabi 
ulul 'azmi yang membawa syariat-syariat yang besar, iaitu: Pertama: Tempat Tin 
dan Zaitun, iaitu Baitul Maqdis, padanya Allah SWT mengutuskan Isa Ibnu Maryam 
A.S. Kedua: Bukit Tursina, di atasnya Allah SWT berbicara kepada Musa ibnu 
'Imran A.S. Ketiga: Makkah, negeri yang aman, setiap orang yang memasukinya 
akan mendapat keamanan. Dengan penafsiran ini, maka harmonilah tiga bahagian di 
atas.  

Negeri Persediaan Dan Jihad 

Allah SWT telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW bahawasanya negeri 
yang suci ini akan diduduki oleh musuh-musuh atau akan terancam dengan serangan 
dan pendudukan. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya 
supaya bersiap sedia bagi menjaganya dan berjihad untuk membelanya sehingga 
tidak jatuh ke tangan musuh, dan supaya membebaskannya jika ia ditakdirkan 
jatuh kepada tangan musuh. Sesungguhnya Rasulullah telah mengkhabarkan akan 
terjadinya peperangan yang sengit antara kaum Muslimin dengan puak-puak Yahudi 
dan juga kemenangan akan berada di tangan kaum Muslimin, sehinggakan batu dan 
pepohon sekalipun akan berbicara untuk menunjukkan tempat musuh-musuh mereka 
berada sama ada dengan bahasa isyarat atau bahasa ucapan. Diriwayatkan drpd Abu 
Umamah Al Bahili bahawa Nabi SAW bersabda: 

"Suatu kelompok dari umatku akan tetap dalam kebenaran yang nyata & akan 
mengalahkan musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan 
sehingga datang kelapangan dari Allah & keadannya seperti sediakala", Para 
sahabat bertanya "Dimanakah tempat mereka itu wahai Rasulullah?". Baginda SAW 
menjawab: "Di Baitul Maqdis dan di bawah lindungan Baitul Maqdis. 


 
regards,


       
____________________________________________________________________________________
Choose the right car based on your needs.  Check out Yahoo! Autos new Car 
Finder tool.
http://autos.yahoo.com/carfinder/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke