Berimanlah......Kerana iman boleh menghilangkan 
keresahan dan melenyapkan kegundahan.Keimanan adalah penyejuk mata hati 
orang-orang yang mengESAkan ALLAH dan hiburan bagi orang-orang yang suka 
beribadah.

 

Apa yang telah berlalu,biarlah ia berlalu dan apa yang 
telah pergi,biarlah binasa.Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu kerana 
ia 
telah pergi dan lenyap.

 

Redhalah dengan takdir yang telah di tentukan dan 
rezeki yang telah di bahagi itu dengan hati yang terbuka.segala sesuatu itu 
sudah ada ukurannya,maka tinggalkanlah keluh kesah.

 

Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH,hati akan 
menjadi tenang dan dosa akan terhapus.Dengan mengingati ALLAH,Dzat Yang Maha 
Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan 
lenyap.

 

Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih 
dari orang lain.Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk.Anda 
tidak perlu takut terhadap orang yang kufur,pendendam dan iri 
hati.
 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
  

   





      
____________________________________________________________________________________
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!   
http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke