HASIL 
tinjauan penyelidik mendapati arkitek di Sydney dan Hong Kong secara umumnya 
bersetuju dengan kesempurnaan model berasaskan feng shui dalam pemilihan 
persekitaran bangunan dan perancangan dalaman. 


Senario itu 
membuktikan konsep dipraktikkan masyarakat Cina sejak zaman berzaman masih 
diterima masyarakat moden hari ini - percaya kepada keuntungan, keselesaan dan 
kesejahteraan melalui ukurannya. 

Apa tidaknya, Donald Trump, Putera 
Charles dan News Corporation iaitu satu konglomerat media terbesar dilaporkan 
turut merujuk kepada konsep feng shui dalam melangkah dunia kemegahan 
masing-masing. 

Feng shui yang juga dikenali sebagai Kan-Yu bermaksud 
'Undang-undang Syurga dan Bumi adalah amalan digunakan orang Cina dari dulu 
lagi terutama dalam menempatkan dan menyusun ruang untuk memperoleh 
persekitaran 
harmoni. 

Ia adalah satu disiplin membabitkan garis panduan sepadan 
dengan pelbagai teknik perancangan berkaitan seni bina malah ruang, udara, 
astronomi dan daya tarikan kemagnetan adalah asas komponennya. 

Bagi 
penyokong feng shui, mereka mendakwa ia mempunyai kesan ke atas kesihatan, 
kekayaan dan hubungan peribadi. 

Secara umumnya, feng shui seperti 
diamalkan hari ini bertujuan meletakkan persekitaran binaan manusia dengan qi 
(secara literalnya bermaksud udara dan dalam feng shui bermaksud aliran tenaga) 
yang baik. 

Menurut konsep itu, tempat yang sempurna ialah di lokasi dan 
paksi sepadan pada satu masa manakala sesetengah kawasan lain tidak sesuai bagi 
penempatan manusia dan patut ditinggalkan. 

Justeru, tidak mustahil bagi 
sesetengah orang yang mempercayai feng shui sanggup menjual rumah didiami dan 
membeli rumah lain walaupun menelan kos yang besar kerana percaya kepada 'tuah' 
feng shui. 

Bagaimana pula sekiranya umat Islam turut merujuk konsep 
terbabit sama ada dalam pemilihan kediaman atau pejabat perniagaan? 
  

Mempercayai untung rugi dan baik buruk sesuatu berasaskan konsep feng shui 
tidak betul kerana perkara seperti itu bersifat alami, termasuk kepercayaan 
khurafat. 

"Orang jahiliah dulu percaya jika haiwan tertentu memasuki 
rumah mereka, ia dikatakan membawa sial tetapi apabila datangnya agama Islam, 
semua kepercayaan itu dibuang," katanya. 

Mempraktikkan sesuatu mengikut 
adat (kebiasaan) selagi tidak bertentangan dengan Islam adalah harus contohnya 
membina pintu menghadap arah kiblat diharuskan saja. 
Ia boleh berubah 
menjadi haram sekiranya pihak terbabit mengatakan tidak boleh pintu ke arah 
lain, sehingga menjadi satu kemestian dan dibimbangi ada keburukan. 


"Feng shui tidak boleh dijadikan panduan sehingga menyekat kemajuan. 
Rezeki dan untung rugi adalah dalam kekuasaan Allah, katanya. 

Allah 
memberitahu hamba-Nya, konsep untung rugi adalah terbuka sebagaimana 
diterangkan 
dalam surah al-Jumuah, ayat 10, bermaksud: 

Kemudian setelah selesai 
solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati 
daripada limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam 
segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat, katanya. 


Islam menekankan rezeki yang berkat dan membuka alternatif sendiri untuk 
berjaya dalam segenap lapangan, seperti bangun awal pada waktu pagi sebelum 
waktu Subuh. 

Mengikut konsep Ibn Khaldun dalam pemilihan lokasi 
kediaman, antara lain ialah rumah berdekatan kubur dengan tujuan mengingati 
mati 
dan disebabkan rumah Nabi Muhammad s.a.w juga berdekatan kubur. 


"Sekiranya hendak membeli rumah, carilah rumah yang selesa, berdekatan 
tempat ibadat supaya mudah untuk berjemaah, jiran yang baik dan kemudahan 
selesa,"  

Beliau menyatakan beberapa panduan Islam mengenai pemilikan 
harta (rumah atau hartanah) iaitu hendaklah diperoleh secara sah menurut 
undang-undang, menunaikan tanggungjawab tertentu terhadap pemilikan harta 
kepada 
masyarakat dan negara seperti membayar zakat dan cukai. 

Kecelakaan 
besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, yang mengumpulkan harta dan 
berulang-ulang menghitung kekayaannya. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat 
mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke 
dalam Al-Hutamah. (Lumazah:1-4). 

Berbanding dengan Islam yang melihat 
pemilikan harta secara umum, feng shui yang berasal dari tradisi lama orang 
Cina 
melihat kedudukan serta susun atur ruang rumah dan kawasan yang mesra alam 
sekitar. 

"Ada yang menolak dan menganggapnya sebagai dongeng. Jika hanya 
sekadar mengetahui kedudukan rumah menghadap matahari atau tidak, ia boleh 
diterima tetapi apabila ada kepercayaan tertentu terhadap barang, ia tidak 
dapat 
diterima. 

"Apa yang Islam mahukan ialah rumah dan penghuni mematuhi 
ajaran Islam. Kempen mengenai konsep dan falsafah Rumahku Syurgaku yang 
berasaskan syariat sesuai dengan Islam. 

"Antara aspek yang ditekankan 
adalah membina kebahagiaan, meningkatkan daya intelek, mewujudkan suasana 
penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan, mewujudkan 
keselesaan serta keindahan dalam rumah. 

"Malah, mengamalkan perhubungan 
yang baik dan berkesan serta membina sifat penyayang dan toleransi digalakkan 
di 
kalangan anggota keluarga. Itu yang lebih utama daripada feng shui yang hanya 
memberi fokus kepada fizikal saja, 




 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
  

   







      
____________________________________________________________________________________
Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect.  Join Yahoo!'s user panel 
and lay it on us. http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke