Isu ini
merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini
mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia
sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan
wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas di sini bukanlah
perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi
isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini
kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu
institusi yang penting dalam Islam - perkahwinan. Kecenderungan untuk
merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad. 

Dalam
Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari
seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan
dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah
mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini
diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara
peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan
kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu
berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya. 

Namun
begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk
memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal
isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk
memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini
adalah isu hati lelaki semata-mata. 

Dalam
kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan
soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada
hemat saya, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang
sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai
satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu
kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.
Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan
hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit
yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Kehilangan dara dalam maksud 
ini tidak melibatkan kehilangan kesucian
atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, tidak perlulah untuk memanjangkan 
aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut
harga diri seorang gadis. 

Terus
terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan
seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas
dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi saya  menyatakan isu
ini adalah isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita
sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas
di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang
sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di
kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang
penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat
menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang
pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak
timbul lagi. 

Saya percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan
tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali
lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam.
Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara
sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih
bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi
muda) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara
tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang
boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara
yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas. 

Dalam
masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti
yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau
virginity sudah dianggap remeh. 

Malah
sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau
masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah
melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna
mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis
berasa sangat malu. 

Gadis
itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya
menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada
tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara
sebaliknya. 

Sesiapa
yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah
melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun
–dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi
anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak
mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti
seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja. 

Secara
sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar
dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama.
Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang
mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi
muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat? 

Secara
kesimpulannya apa yang hendak disampaikan ialah berkenaaan
runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi
menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas
semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan
budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai
seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? 

Marilah kita sama-sama memikirkan jalan penyelesaiannya.Mungkin ada pendapat 
yang bernas dari netters yang lain??



www.lamanmotivasi.blogspot.com
Inspirasikan dan motivasikanlah hidup anda untuk mencapai tujuan
atau cita-cita yang anda inginkan.Jangan jadikan dugaan,cubaan dan
rintangan mematahkan semangat anda. 


   





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



http://www.bukusiber.com
http://www.giantproduct.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke