Assalmualaikum,   Alhamdulillah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (
http://www.jim.org.my <http://www.jim.org.my/> ) akan meneruskan program
RAYUAN QURBAN/AQIQAH 1428.    Ringkasnya kos pernyertaan untuk    SATU
BAHAGIAN = RM 300.00   TEMPAT IBADAH QURBAN : KAWASAN YANG LEBIH
MEMERLUKAN DISELURUH DUNIA (rujuk broshure dibawah)   TARIKH TUTUP : 15
DECEMBER 2007     Bagi mereka yang berhajat menyertai tapi kesuntukan
masa untuk menguruskan penyertaan, INSYAALAH SAYA BERSEDIA UNTUK KE
PEJABAT, RUMAH atau DIMANA SAHAJA YANG PRAKTIKAL UNTUK MENGUTIP SENDIRI
PENYERTAAN ANDA YANG BERADA DISEKITAR JOHOR BAHRU. UNTUK MEMUDAHKAN
URUSAN SERTA KESELAMATAN, BAYARAN ELOK DIBUAT DALAM BENTUK CHEQUE.   
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Moga Allah menerima amal yang
sedikit ini sebagai amal soleh. Ameen. Dilampirkan brochure asal seperti
dibawah.   Hisham Walat JIM JOHOR Senai Johor 019-777-6346  
Assalamualaikum wbt,   Semoga Tuan Puanwat sentiasa di dalam keberkatan
dan keredhaan Allah SWT.   Saban tahun umat Islam mengembalikan semangat
sifat berkorban mentaati Allah dan RasulNya melalui peritiwa
penyembelihan Nabi Ismail alihis-salam.    Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud, " Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tapi tidak berqurban,
maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami" (Riwayat Ahmad dan Ibnu
Majah dari Abu Hurairah). Jelaslah kepada kita bahawa ibadah qurban
merupakan sesuatu yang harus dikerjakan, bahkan sebahagian ulama
mengatakan bagi yang berkemampuan, hukumnya adalah wajib. Namun
demikian, jumhur atau sebahagian besar ulama menyatakan sunnah muaqqadah
(sunnah yang ditekankan). Ibadah Qurban juga merupakan tradisi amal umat
islam mengimbau pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,
satu simbolik ketaatan kepada Khaliqnya (Ash-Shaffat 37:107)    Kini JIM
meneruskan keprihatinannya dengan menganjurkan program rayuan Qurban /
Aqiqah 1428H (Kali ke 8). Program ini adalah kesinambungan kepada
program rayuan Ramadhan (berbuka puasa dan sedekah) yang baru berlalu
dan telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 134, 283.33. Terima
kasih dan syabas kepada semua penyumbang, teruskan membantu
saudara-saudara kita ditempat yang lebih memerlukan dengan melaksanakan
ibadah qurban / aqiqah melalui program ini.    Melalui program ini, kami
berusaha memberi peluang dan ruang kepada seluruh umat Islam terutamanya
di Malaysia untuk beramal dan mendapatan pahala yang berlipatganda
dengan membantu saudara-saudara mereka yang lebih memerlukan di seluruh
dunia. Mereka ini sama ada golongan susah, tertindas, dilupakan dan juga
sedang gigih berjuang membebaskan bumi mereka dari penjajahan. Disamping
itu, saudara-saudara baru juga tidak dilupakan.    Dengan ini, kami
menyeru kepada semua agar bersama kami memanfaatkan bersama peluang
keemasan ini. Tahun ini merupakan tahun yang amat mencabar bagi umat
Islam terutamanya di Palestin, Mindanao, Selatan Thailand dan beberapa
negara lagi. Semoga dengan qurban ini, merupakan sumbangan yang termampu
kita laksanakan sebagai satu kewajipan membantu umat-umat Islam yang
lain.    Bersama-sama ini kami sertakan brosur untuk disebarkan kepada
rakan, sahabat dan kenalan di pejabat atau kepada individu yang dikenali
melalui internet. Maksud hadith Rasulullah SAW, " Barangsiapa yang
menunjukan sesuatu kebaikan kepada seseorang yang lain, dia mendapat
pahala yang sama dengan sipelakunya ".   Untuk makluman, brosur ini
boleh juga didapati dari laman web: http://qurban-aqiqah.jim.org.my 
<http://qurban-aqiqah.jim.org.my/>    Untuk sebarang pertanyaan hubungi;
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat
Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Phone: 03-41089669 / 03-41053159
Fax: 03-41071754 Laman web: http://qurban-aqiqah.jim.org.my
<http://qurban-aqiqah.jim.org.my/>  Email: [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>  @ [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>  (Attn: Jun)                


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke