----- Original Message ---- From: Pak Belalng <syeikhbelalang@ yahoo.com> To: sibermelayu@ yahoo. com Sent: Tuesday, November 13, 2007 11:46:46 PM Subject: Dunia Akan Gempar
Dunia Akan Gempar Tunggulah tidak lama lagi Dunia akan gempar Seorang yang selama ini dihina akan dimuliakan orang Tunggulah seorang yang tidak diduga diberi kuasa Orang-orang yang menunggu kehidupan yang murni penuh gembira Syukur kepada Tuhan yang tidak terhingga Orang yang hasad dengki atau yang menolak kebenaran akan tergigit jari Rasa kesal, takut, ada yang menyesal tidak kurang yang terus menentang kerana kesombongan Seorang yang selama ini dianggap pengacau Rupanya seorang penyelamat kepada dunia Pembawa kasih sayang kepada semua bangsa Pemimpin-pemimpin yang pernah berkuasa sebelum ini akan dikata dan dihina Kerana dunia terasa dua keadaan pemimpin yang sangat berbeza Satu membawa pecah-belah, yang satu lagi membawa perpaduan Yang satu membawa kezaliman dan yang satu membawa keadilan Pemimpin yang lama sangat malu dan terasa terhina Mereka akan terus dilupakan orang Bahkan orang ramai tidak mempedulikan lagi, kerana kejahatan mereka Pemimpin yang baru hari demi hari makin ramai diterima orang Tidak kira apa agama atau bangsa semuanya memberi kasih sayang Itulah dia pemimpin yang dipimpin oleh Allah Yang dijanjikan di akhir zaman Masanya hampir tiba, tidak lama lagi Insya-Allah kita akan saksikan Penentang-penentang kebenaran sangat sakit hati Sekalipun mereka tahu pemimpin itu ditunjuk Tuhan Begitulah sifat sombong jika tidak diungkai Walaupun tahu kebenaran namun berat hendak menerima [Non-text portions of this message have been removed]