Khasiat Buah Pisang

Perhatian:


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua 
pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang 
digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan 
kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji 
pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah 
pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah 
pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, 
menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap 
pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas 
makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin 
yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita 
tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung 
mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan 
hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, 
menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan 
dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan 
tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang 
tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih 
cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu 
menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat 
minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan 
bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan 
akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda 
menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula 
dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan 
nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi 
kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan 
sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi 
pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 
5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat 
kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah 
ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan 
karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah 
pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak 
mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan 
asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding 
perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu 
kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai 
contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan 
itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya 
pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia 
mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, 
potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh 
kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan 
jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam 
tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar 
potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek 
pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil 
pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok 
sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan 
pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, 
ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada 
tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun 
plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika 
dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 
kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali 
vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah 
satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, 
“Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di 
hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin 
kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada 
kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan! 


________________________________
Salam.
Sahabat Handai,

Adakah anda menghadapi masalah mempraktikkan e-book bisnes anda ?

Masih lagi mencari-cari peluang Bisnes Internet termudah ?
- Anda telah banyak menghabiskan wang membeli E-book temberang ?
- Anda telah bosan mencuba bisnes internet itu & ini tetapi tidak berhasil ?

Di sini saya ingin berikan anda secara FREE @ PERCUMA @ GRATIS sahaja
- Laporan & Panduan Bisnes Internet yg Simple.
- Teknik membuat website anda sendiri.
- Pendedahan Rahsia Internet Marketer
- Dan banyak lagi...

Dan yang PALING MENARIK Sekali Ialah:
- Bagaimana Mendapatkan Keuntungan Berkali-kali Dari Seorang Pelanggan/Prospek
- Teknik 'Tanpa Sekali pun Anda Meghubungi/Menelefon Mereka'
- Wang Masuk Walaupun Anda Sedang Tidur, Tengok Wayang atau Apa Saja
- DAN... Teknik Ini Sesuai Digunapakai di Seluruh Dunia, Bukan Sekadar Di 
Malaysia, Indonesia & Brunei sahaja


Sila ke website saya >>KLIK DI SINI<<

Untuk versi english >>KLIK DI SINI<<

Terima kasih.

Mohd Hasry Abdullah
60137779910
http://memangmudah.com
________________________________


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke