Kata pepatah kuno : Tua-tua keladi sudah tua mau lai.

https://mediamaklumat.com/lelaki-60-tahun-kahwini-gadis-17-tahun/



Media Maklumat <https://mediamaklumat.com/>

Berita Sensasi


[image: perkahwinan]

Viral <https://mediamaklumat.com/viral/>
Lelaki Berusia 60 Tahun Buktikan Tua Bukan penghalang Untuk Kahwini Gadis
Berusia 17 Tahun

November 23, 2017
<https://mediamaklumat.com/lelaki-60-tahun-kahwini-gadis-17-tahun/> Saza
<https://mediamaklumat.com/author/liamsi/> 1
<https://mediamaklumat.com/lelaki-60-tahun-kahwini-gadis-17-tahun/#comments>

Betul kata orang, cinta tak kenal siapa dan jodoh itu adalah ketentuan
Tuhan. Setiap perkara yang berlaku sememangnya telah tertulis dan itulah
dinamakan takdir yang telah berlaku. Itulah yang berlaku terhadap satu
pasangan ini yang akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka biarpun jarak
usia mereka yang sangat jauh berbeza.

Memetik laporan Tribunnews
<http://www.tribunnews.com/regional/2017/11/23/dicandai-saat-nikahi-remaja-berusia-17-tahun-pria-tua-ini-katakan-bakal-kuat-di-ranjang>,
Badu yang berusia 60 tahun telah selamat bernikah dengan pasangannya Ika
Nurjannah yang berusia 17 tahun. Mereka disatukan di Pejabat Urusan Agama
Sulawesi Tenggara pada 19 November lalu dan keduanya dipercayai belum
pernah berkahwin sebelum ini.

[image: berkahwin]Badu dan Ika Nurjannah telah disatukan sebagai suami
isteri.

Kisah pernikahan mereka yang sangat unik dan luar biasa ini telah menarik
perhatian ramai sehingga berita tersebut dimuat naik ke laman sosial
Facebook
<https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1952402991752840&set=a.1649416825384793.1073741827.100009494756917&type=3&theater>
sebelum ianya tersebar. Pelbagai reaksi netizen yang tertarik dengan
perkahwinan mereka yang dikatakan beza umur mereka sangat jauh iaitu
sebanyak 43 tahun lamanya seperti datuk dan cucunya.

Disebabkan perbezaan umur yang ketara itulah telah menarik perhatian ramai
yang mengatakan perkahwinan mereka sangat diragui. Walau bagaimanapun,
pernikahan mereka itu telah disahkan oleh penulis entri tersebut yang
dikenali sebagai Lilis. Dia turut mengatakan bahawa dia sendiri menyaksikan
ketika kedua pengantin lelaki
<https://mediamaklumat.com/lelaki-60-tahun-kahwini-gadis-17-tahun/> dan
perempuan tersebut disatukan memandangkan pengantin perempuan iaitu Ika
adalah rakan sepejabatnya yang dikenali.

*“Ika kelihatan begitu bahagia biarpun dia dilihat seperti malu-malu ketika
gambarnya dirakamkan untuk kenang-kenangan.”*

Berita tentang perkahwinan mereka juga turut disahkan oleh seorang lagi
netizen yang mengaku bahawa dia adalah makcik kepada pengantin perempuan
serta bertindak sebagai jurusoleknya. Perkenalan pengantin tersebut
sebenarnya bermula di tempat kerja kerana mereka berkerja di bawah syarikat
yang sama.

[image: lelaki]Perkahwinan mereka menjadi perhatian ramai seluruh negara.

Kedua-dua mereka adalah tukang kebun dan nak dijadikan cerita mereka
kedua-duanya tinggal berjiran berdekatan antara satu sama lain. Walau
bagaimanapun, ada segelintir netizen turut mendoakan kebahagiaan kedua
pengantin tersebut serta menyifatkan hubungan dan perkahwinan mereka adalah
jodoh semata-mata yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Sehingga pada saat ini, perkongsian Lilis masih terus dibanjiri dengan
berbagai pertanyaan serta reaksi netizen yang seolah-olah tidak mempercayai
dengan berita perkahwinan mereka.

Selamat pengantin baru dan semoga pengantin perempuan dan lelaki ini
bahagia dan kekal sehingga ke akhirnya.

Kirim email ke