Kajang: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang
apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi
kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta
terhadapnya.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26
tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja
itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.
Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke
Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.
Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira
jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.
“Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar
tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum
mahu masuk ke dalam.
“Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus
datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam
tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh
perasaan cinta terhadapnya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba
melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian
mangsa sebelum merogolnya.
“Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang
trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama
kemudian.
“Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai
wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu,” katanya.
Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan
berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.
“Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk
pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.
“Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat
laporan berhubung kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab
Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut
Seksyen 376 Kanun Keseksaan
Berita dari HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/12/2013 12:07:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.