“Saya bertaubat! Saya akui ini memang salah saya. Saya melakukan dosa besar
terhadap suami sendiri. Saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi
perbuatan itu lagi. Saya harap Ikram dapat memaafkan serta terus menerima
saya sebagai isterinya.
Pada mulanya saya sangka tindakan menggunakan khidmat bomoh untuk mengunci
nafsu suami terhadap wanita lain tidak akan memudaratkannya. Namun,
ternyata ia perbuatan bodoh yang bukan hanya menyeksa suami, malah
mendatangkan kesan terhadap saya juga.
Semuanya dilakukan kerana perasaan cemburu membuta-tuli terhadap Ikram yang
kerap terbang ke luar negara selama berhari-hari walaupun menyedari itu
memang tugasnya.
Saya melakukan perbuatan itu selepas diajak kawan untuk bertemu seorang
bomoh selepas dia meyakinkan bahawa tindakan 'mengikat' suami mampu menjaga
keharmonian rumah tangga tangga.
Rakan saya itu sudah menggunakan khidmat bomoh berkenaan untuk 'mengikat'
suaminya dan saya dapat menyaksikan sendiri suaminya langsung
tidak 'melihat' wanita lain serta setia kepadanya.
Melihat buktinya itu, saya mengikut dia bertemu bomoh berkenaan di Kuantan
ketika Ikram terbang ke luar negara.
Apabila berjumpa bomoh itu, mulanya saya pelik dengan barang yang diminta
iaitu seluar dalam yang sudah digunakan suami sebelum menyuruh saya
bertemunya semula dengan membawa barang itu.
Selepas beberapa minggu, saya dan rakan pergi semula ke rumah bomoh itu
dengan membawa seluar dalam Ikram. Upacara mengikat nafsu suami dimulakan
dengan mengikat seluar dalam Ikram dengan kain kuning. Selepas dijampi,
seluar dalam itu ditanam di kubur.
Bomoh itu mengenakan bayaran RM2,000 dan memberitahu kesan terhadap suami
akan mula dirasai seminggu selepas itu.
Memang berkesan. Seminggu selepas upacara itu, saya dapat melihat perubahan
ketara Ikram yang lebih romantis terhadap saya.
Bagaimanapun, tak lama kemudian saya mula hairan apabila dia mengelak
apabila diajak untuk bersama sedangkan sebelum itu dia tidak pernah
bersikap dingin terhadap saya. Dalam hati terdetik adakah perubahan itu ada
kaitan dengan tindakan saya mengunci nafsunya.
Apabila dia menceritakan masalahnya, saya rasa amat bersalah lalu menangis.
Saya terus mengajaknya mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam
kerana tidak lagi mempercayai bomoh berkenaan. Saya berdoa agar masalahnya
itu dapat disembuhkan segera.
Saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Saya
nasihatkan wanita lain tidak melakukan tindakan bodoh kepada suami mereka
seperti yang saya buat. Perbuatan syirik seperti itu lebih banyak mudarat
daripada manfaat.
Saya bertaubat dan memohon ampun kerana pernah menyekutukan Allah. Saya
harap suami dapat mengampunkan segala dosa yang saya lakukan” HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/22/2013 02:51:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.