Ops Ambang Maksiat 2014 oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (JAINPP)
Bawa dua anak lakukan maksiat
GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih
kecil 'menemaninya' melakukan maksiat.
Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama
Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di
sebuah hotel apartmen di sini.
Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan
selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita
berkenaan berada di dalam bilik tidur.
Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak
perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.
Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan
selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki
tersebut sebagai suaminya.
Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat
dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan
isteri orang lain.
Wanita sarat mengandung turut dicekup
Bukan itu saja, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut
dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel.
Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu
mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya
itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku.
“Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain,” kata lelaki tersebut.
Terpaksa masuk ikut tingkap
Sementara itu, di salah sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini, lima
penguatkuasa terpaksa berhempas pulas memasuki sebuah bilik melalui tingkap
tandas.
Hampir 30 minit lamanya penguatkuasa mengetuk pintu dan memberikan amaran,
namun kedua-dua pasangan yang berusia lingkungan 20an itu tetap tidak mahu
membukanya.
Disebabkan itu, tingkap kecil setinggi lebih satu meter terpaksa dipanjat
oleh salah seorang penguatkuasa dan kemudiannya membuka pintu bilik air.
“Kenapa tak mahu buka pintu? Sikap degil anda begini hanya membuatkan ramai
orang susah,” tegur Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan, Khairul Azman
Azizan.
"Kami takut, saya rasa gementar," demikian jawapan lelaki tersebut.
Sementara itu, teman wanitanya duduk tersorok di tepi almari solek dan
bertindak degil apabila cuba disiasat oleh penguatkuasa wanita.
Adik-beradik dicekup
Manakala, dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat
dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di
sini.
Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang
berlainan.
Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama
pasangannya.
Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas
selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.
39 individu ditahan
Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah
Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).
Menurutnya, operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya
menahan 39 individu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.
Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun
kedua-duanya sekali.
“Kali ini operasi yang dijalankan berbeza kerana kami hanya menumpukan
Seksyen 27 berbanding dengan Seksyen 29 iaitu perbuatan tidak sopan, ini
memandangkan faktor cuti dan juga sumber maklumat yang diterima.
“Kami menerima maklumat hotel di kawasan-kawasan panas telah penuh
ditempah, dan kebanyakan mereka ini datang untuk menyambut tahun baru yang
mana persembahan bunga api dinanti sejak jam 8 malam hingga 12 tengah malam'
"Jadi selepas waktu itu mereka sudah letih dan melihatkan situasi dan
pengalaman kami mendapati mereka akan mendaftar masuk ke hotel.
“Jika sambutan ini diadakan pada hujung minggu kemungkinan yang melakukan
Seksyen 29 lebih ramai kerana ramai yang akan menghabiskan masa di tepi
pantai dan sebagainya,” katanya.
Operasi itu turut disertai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
JAINPP, Yusuff Ahmad dan 20 penguatkuasa.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/02/2014 03:55:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.