Why this car is still Malaysia's favourite after 48 years. The world's best
selling vehicle is coming to Malaysia soon! Click to see the many
generations of Toyota Corolla here.
SEREMBAN – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang
pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas
pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah
bilik di pejabat berkenaan.
“Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri
mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan
lain.
“Mangsa kemudian menepis tangan suspek kerana tidak selesa dengan kelakuan
timbalan pengarah berusia lingkungan 40-an itu. Namun suspek tidak
mengendahkannya lalu meneruskan niat jahatnya itu dengan penuh ghairah,”
katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Jelebu itu merupakan pelajar di
sebuah kolej swasta di Pahang, baru menjalani latihan praktikal di pejabat
berkenaan, kira-kira sebulan lalu.
“Akibat tindakan timbalan pengarah tersebut, mangsa kini dilaporkan trauma
namun dipercayai masih menjalani latihan praktikal di situ.
“Kakitangan pejabat yang mengetahui mangsa dicabul menasihatkannya agar
membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan
atau mana-mana dua seksyen ini jika sabit kesalahan.
Pelajar berkenaan mendakwa diusap dan diraba timbalan pengarah ketika
menjalani latihan praktikal
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/pelajar-dakwa-dicabul-timbalan-pengarah-1.240297
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/14/2014 09:02:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.