Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai
ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah
kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah (pondan) di satu pesta
joget lambak.
Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan
Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di
kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah
penduduk.
Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali sebagai Amir 30-an berkata,
dia difahamkan pesta joget lambak itu dianjurkan seorang penduduk dan turut
menjemput sekumpulan 10 hingga 15 mak nyah.
“Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas dari
Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional yang
mengalunkan muzik latar,” katanya.
Menurutnya, kumpulan mak nyah (pondan) itu seperti pelayan pelanggan (GRO)
yang menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia
50-an dan 60-an.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/17/2014 04:07:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.