Pusat Pengajian Pendidekan Islam Fi Dzilal Quran Kg Rosok, Kota Belud 
  
 Bahagian 1: Laporan Lawatan wakil TKO Ke Sabah 
 Oleh : RamliSdar 
  
http://tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2995&postdays=0&postorder=asc&start=60

 Hanya dapat buat laporan yang sengkat atas sebab kesuntokan masa. Akan membuat 
laporan susulan dan akan menyertakan gambar2 yang telah di ambil di Sabah, 
insyaallah. 
  
 Bermula nya azam untok ke Sabah adalah bermula dari kesah 3 orang kanak2 yang 
telah di tinggalkan oleh kedua2 ibu bapa mereka. 
  
 Ibu nya adalah seorang Kristian yang telah memelok Islam kerana berkahwin 
dengan bapa mereka seorang Islam berasal dari Kedah. 
  
Kedua2 ibu bapa ini kemudian nya telah berhijrah ke Semenanjong, dengan 
meninggalkan ketiga2 anak2 ini untok di jaga oleh nenek mereka yang berugama 
Kristian. Anak2 ini telah di tinggalkan oleh kedua2 ibu bapa mereka tanpa 
berita untok beberapa tahun. Saya sendiri dah lupa berapa tahun, tetapi ada 
saya paparkan dalam satu artikel dan saya poskan dalam forum. Tetapi saperti 
biasa artikel dan forum saperti ini berapa di minati oleh pengunjong TKO. 
  
Nenek kanak2 ini yang telah tua membuat rayuan memohon bantuan agar cucu nya 
dapat di didek dan di besarkan dalam suasana Islam, walau pun beliau sendiri 
bukan lah seorang Islam. 
  
Kerana tersentoh dengan berita ini saya telah memohon agar ada rakan2 kita yang 
dapat membantu, sama ada mengambil mereka sebagai anak angkat, atau pun 
memastikan anak2 ini dapat di masokan dalam rumah anak2 yatim yang di 
kendalikan oleh orang2 Islam. 
  
Alhamdulillah rayuan saya di sahut oleh rakan kita dari Sabah serta dari KL. 
Rakan dari KL pula mengenali rakan dari Sabah, kerana usaha2 mereka yang memang 
pernah menolong kanak2 yang mengalami keadaan dan masaalah yang sama. Tetapi 
cuma 2 orang sahaja yang dapat di tempatkan di dalam rumah anak2 yatim, 
manakala yang bongsu maseh di pelihara oleh nenek mereka. 
  
Bermula dari kesah ini juga saya dapat tahu, rupa nya banyak lagi kes2 yang 
seumpama nya, berlaku dan memerlukan bantuan kita semua. Malah ketika di 
airport Kota Kinabalu pagi tadi saya menerima berita sedeh, Bapa yang berugama 
Islam telah menceraikan isteri nya. Menyebabkan isteri kembali memelok ugama 
asalnya, iaitu Kristian. Yang amat menyedehkan ialah si bapa, meninggalkan 
isteri beserta ke tujuh2 anak dalam jagaan si ibu yang sekarang berugama 
Kristian. Malang sungguh. Rakan2 sekarang sedang berusaha untok memastikan agar 
ke tujuh anak2 ini dapat di besarkan dalam Islam. 
  
 Pada mulanya objektif asal ke Sabah adalah: 
 1. Melawat rumah anak2 yatim dan miskin di kawasan pendalaman. 
 2. Melawat ketiga2 kanak yang sangat menyentoh hati saya. 
 3. Melawat pusat pendidekan Islam Fizilallil Quran di Kg Rosok, di pinggir 
bandar Kota Belud. 
  
Kita plan tetapi Allah yang mengator segala2 nya. Hajat kami, ia itu, gazut, 
isteri tercinta dan saya hanya mampu sampai ke Pusat Pendidekan Islam Kg Sorok 
sahaja. Item 1 dan 2 di atas tidak tercapai. 
  
Saya tidak sangaka, tersorok hikmah yang sangat besar di sebalek semua ini. 
Rupa nya Allah telah menyediakan sesuatu untok kami, yang pada awal nya rasa 
tidak terpikul sama sekali, malah sekarang pun rasa tak terpikul. 
  
Membantu rumah anak2 yatim maseh mampu kita lakukan. Tetapi tugas yang Allah 
beri kali ini, adalah tugas para2 nabi dan para2 anbiya. Itu sebab rasa tak 
mampu tetapi terpaksa di lakukan juga atas sebab tanggong jawab sebagai seorang 
Islam. 
  
Kami tiba di Kg Rosok, yang mempunyai sejarah kebangkitan Islam yang amat 
menarek sekali. Bermula nya Islam di Kg Kg Rosok, ini adalah bermula nya dengan 
memelok nya Islam seorang insan, Beliau ini merupakan satu2 nya orang Islam di 
dalam Kampong nya. Tentu saja beliau menerima tentangan yang hebat dari ibu 
bapa dan ahli keluarga nya. Tetapi dengan kegigehan beliau seorang demi seorang 
adek beradek nya memelok nya Islam. Tetapi ibu bapa nya tetap tidak memelok 
Islam. Dengan berkat kesabaran anak2, akhir si ibu memelok Islam. Tetapi si 
bapa agak keberatan untok memelok Islam kerana sayangkan pada arak dan juga 
adat berdendam, yang merupakan tradisi kaum nya. 
  
Kata anak nya, bapa pelok lah Islam dulu, slow2 tinggalkan arak. Sehinggalah 
akhir nya si bapa memelok Islam. Dari Islam nya keluarga ini, berkembang lah 
ugama Islam di Kampong ini, sdikit demi sedikit. Mengikut statistik yang 
terakhir terdapat lebeh kurang 700 orang Islam di Kg ini. Kampong ini amat 
memerlukan bantuan kita untok menguatkan dan mengembangkan Islam, bukan sahaja 
di kampong ini, malah kalau boleh agar Islam ini berkembang di kampong sekitar 
dan juga seluroh Sabah. Itu lah sebab saya katakan, tugas ini amat berat 
sekali' 
  
Insyaallah di bahagian kedua, saya akan cuba terangkan atau berkongsi cadangan 
tentang peranan dan usaha2 yang dapat TKO lakukan untok membantu pengembangan 
ugama Islam di Sabah. 
  
 Antara nya: 
 1. Pembangunan pusat pendidekan Islam. terdapat bangunan yang telah terlalu 
uzor dan perlu di ganti segera. 
2. Tuition untok kanak2 Islam dan juga Kristian. Kita berharap dapat menjinakan 
anak2 Kristian ini ketika menghadiri tuition yang bakal di adakan. Kami telah 
pun memberi greenlight pada rakan di sana untok memulakan tuition ini dengan 
kadar segera. TKO akan menanggong gaji guru2 tuition saperti yang sedang kita 
lakukan di Manjoi. 
3. Pembiayaan guru2 ugama. Ketika ini guru ugama memang bersemangat serta 
sanggup mengajar dengan imbohan sebanyak RM200 sebulan sahaja. Mereka juga 
merupakan anak2 didek dari pusat pendidekan Islam ini juga. 
  
Saya sedeh kerana mereka ini akan melanjutkan pelajaran mereka di pesantren di 
Jawa. Kemungkinana pusat ini akan di tutup, seketiadaan mereka. Saya telah 
merayu dan memohon pada ustaz di sana, agar pusat ini JANGAN DI TUTUP, kerana 
momentum akan sejok. 
  
 END OF PART 1 
  
 LAPORAN GAZUT 
 assalamualaikum tuan2 budiman.. 
  
 dah lama gazut tak menulis di TKO.. skadar memerhati dr jauh... lagipun agak 
sibuk dengan kursus panjang.. 
  
sebenarnya kalau ikutkan hati gazut masih sekadar nak melihat TKO menari 
mengikut alunan di dendang.. tp setelah ke sabah dgn tuan ramlisdar n Dr, gazut 
rasa perlu menulis juga.. 
  
seperti yg tuan ramli tulis, asal kami ke sabah utk program meninjau rumah anak 
yatim, bertemu 3 bradik yang di tinggalkan bersama nenek kristian dan ke pusat 
tahfiz.. tp hanya 1 program yg menjadi.. pun begitu menjadi dengan begitu besar 
bebanan yg harus kita pikul bersama.. 
  
hari pertama sampai di KK kami di sambut oleh Cikgu Anuar, antara org yg paling 
banyak jasa dlm perkembangan Islam di sabah.. kami terus ke Kg Rosok tempat 
pusat tahfiz.. pusat pekembangan Islam bg 13 kg sekitar.. kami di sambut oleh 
Ustaz mustaqim.. salah seorg anak tuan tanah yg mewakafkan tanahnya utk 
pengenbangan Islam sebelum pun beliau memeluk Islam.. ( sudah arwah pakcik 
ini).. 
  
kali pertama menjejak kaki air mata gazut bagai tertumpah.. sebak yg teramat.. 
tanpa penerangan gazut meninjau ke sekitaran pusat.. dgn rumah penginapan yg 
amat daif, sebahagianya rebah di hanyut sungai.. 
 gazut tak dapat gambarkan dimana lg gazut pernah berjumpa tempat sedaif ini.. 
  
selepas solah maghrib berjemaah, kami bertakruf bersama anak2 muda bakal 
ustaz.. sedar tak sedar air mata gazut mengalir mendengar cerita, kesungguhan 
dan pengorbanan anak2 muda dan jasabaik Ustaz Mustaqim dan beberapa penggerak 
pusat ini demi memartabatkan Islam di bumi sabah.. kebanyakan anak2 ini adalah 
dr pendalaman sabah.. termasuk anak2 muda ini adalah dua org mualaf yg bercita2 
besar untuk menjadi pendakwah di kg masing2 kelak apabila kluar dr pusat ini.. 
  
pusat ini di tadbir oleh satu jawatankuasa dalam keadaan peruntukan yg ketat 
akibat dr kekurangan dana utk menaja anak2 ini.. makanan mereka sekadar 
ala-kadar.. kadang2 kena berpuasa.. penempatan mereka pada gazut tidak layak 
diduduki oleh org2 yg begitu besar kedudukan & tempatnya dalam masyarakat kita 
Islam.. tp itulah hakikat yg gazut lihat.. 
  
pun begitu gazut puji org sabah.. dalam keadaan mereka sedaif itu... masih 
sempat mengadakan keraian utk menyambut kami.. ( Ustaz sattar berkias 
mengatakan mereka mengadakan hari keluarga... ampun tuan).. siap tumbang lembu 
sekor buat akikah.. 
  
 insya ALLAH gazut rasa banyak yg patut kita lakukan untuk pusat ini.. 
  
 p/s: rasa bersalah pd tuan ramli kerana gazut ajak tuan ramli naik bas ke KL 
Sentral dr LCCT.. dompet tuan ramli di copet penyeluk saku di Kl Sentral.. dah 
la pegi sabah atas duit poket sendiri.. moga ALLAH memberi ganjaran yg terlebih 
baik dr yg hilang itu.. 
  
             
 SILA KLIK GAMBAR/THUMBNAIL UNTUK BESARKAN GAMBAR 
  
 Gambar-gambar hostel sementara pelajar, bangunan-bangunan ini kebanyakannya 
sudah uzur. Ada setengah hostel sekarang ini tak dapat digunakan kerana tidak 
selamat kerana hakisan sungai yang amat serious. 
  
 KEADAAN DIDALAM ASRAMA 
  
     
 SILA KLIK GAMBAR/THUMBNAIL UNTUK BESARKAN GAMBAR 
  
 sedeh hati melihat keadaan tempat tinggal pelajar yang amat daif. Mereka tidak 
punya katil. Kalau ada pun katil, adalah katil yang di buat sendiri dari kayu 
terpakai. Gambar asrama pelajar pondok. Bawah Hujong kat corner sekali tu dapor 
tempat memasak. Mereka maseh menggunakan dapor kayu di asrama.  
  
 SEMUA URUSAN PEMBERIAN/KEMASUKAN DUIT BOLEHLAH MELALUI AKAUN RASMI TKO GLOBAL 
  
 PENAMA          : TKO GLOBAL 
 NO. AKAUN      : 564726100475 (ALWADIAH MAYBANK) 
 SILA SMS TENTANG BUTIR-BUTIR PEMBAYARAN KEPADA WAN_JTK DI 0133931057  
  
 JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO 
(akaun wan_jtk) 
 NO. AKAUN :  164726003365 (Maybank) 
 PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim 
  
 Sumbangan anda amat dialu-alukan
 
---------------------------------
Finding fabulous fares is fun.
Let Yahoo! FareChase search your favorite travel sites to find flight and hotel 
bargains.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke