Dr Siti Mariah, Zuraida dan Nurul Huda pelengkap formasi DMPP
Monday, June 13 @ 09:59:02 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Pelantikan semula tiga tokoh penting, Dr Siti Mariah Mahmood sebagai Ketua Penerangan, Zuraida Husin (Setiausaha) dan Nurul Huda Yusof Rawa sebagai Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat melengkapkan formasi pimpinan DMPP sesi 2005/2007.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat, pelantikan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pertama AJK DMPP di sini semalam selepas AJK dipilih dalam Muktamar Dewan Muslimat kali ke 45 di Pusat Tarbiytah Islam Kelantan (Putik) 2 Jun lalu.

Kata Ustazah Azizah, perlantikan semula individu yang sama seperti saf pimpinan DMPP sebelum ini bagi tiga jawatan itu adalah berdasarkan kepada prestasi yang ditonjolkan mereka sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan senarai penuh AJK DMPP yang diputuskan dalam Mesyuarat DMPP sesi 2005/2007 di Dewan Muslimat PAS Pusat, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar baru-baru ini.

Turut diumumkan lima AJK yang dilantik semula.Mereka ialah, mantan Ketua DMPP 2003/2005, Ustazah Khalsom Othman, mantan Ketua DMPP 2000/2003, Ustazah Jamilah Ibrahim, Zakiah Baharom, Izzah Yahaya dan To' Puan Aminah Mohammad.

Sementara itu dalam mesyuarat yang sama, DMPP turut memutuskan untuk melantik pengerusi- pengerusi bagi setiap lujnah selain Azizah turut mengumumkan satu lujnah baru dalam DMPP iaitu Lujnah Hal Ehwal Parlimen dan Dun.

Bagi Lujnah Politik pengerusinya ialah, Ustazah Azizah sendiri dengan dibantu Naib Ketua DMPP, Senator Siti Zailah Mohd Yusof, Amizan Baharuddin dan AJK Harian DMPP.

Sementara bagi Lujnah Tarbiyah dan Kepimpinan pula dipengerusikan oleh, Ustazah Khalsom dan dibantu oleh Rahmah Mat Isa serta Salamiyah Mohd Noor.

Bagi Lujnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar penegrusinya ialah, Timbalan Ketua DMPP, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dengan dibantu oleh Ustazah Rosiah Salleh (Isteri Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang).

Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan kekal kepada Ustazah Nuridah Salleh sementara Lujnah Ekonomi dan Kewangan, dipengerusikan oleh Rosnah Abdullah selian Lujnah Perpaduan Nasional dan NGO, Dr Halimah Ali.

Selain itu bagi Lujnah Antarabangsa masih kekal kepada Ustazah Jamilah Ibrahim sementara Lujnah Penyelidikan dan Pembangunan dipengerusikan oleh, Izzah Yahaya.

Lujnah Hal Ehwal Parlimen dan Dun dipengerusikan oleh, Aiman Athirah Al Jundi sementara Pengarah Nisa masih kekal disandang Mastura Mohammad.

Dalam pada itu Lujnah Teknologi Maklumat dikepalai Huda Abdullah dan bagi Muslimat Legal Team pula dipengerusikan oleh Muna Izzah Dato' Mohd Fadzil (anak kepada mantan Presiden PAS, Almarhum Dato' Mohd Fadzil Mohd Noor.

Menurut Azizah, perjalanan mesyuarat DMPP 2005/2007 kali pertama berjalan lancar dan semua yang dilantik melalui muktamar dan lantikan tambahan berjanji akan bersatu membawa muslimah sebagai wadah kepada semua golongan wanita.

Kata Azizah lagi, misi dan visi DMPP seperti yang digaruskan dalam Ucapan Dasar mantan Ketua DMPP pada muktamar yang baru berlalu akan dijadikan agenda perjuangan Muslimat selain muslimat mahu turun padang mendekati seluruh kelompok wanita di Malaysia. - mks.


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke