NEGARA ISLAM MADINAH-SUASANA AWAL
Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, DPF, 1992, Jilid2

Matlamat utama hijrah bukanlah semata-mata untuk melepaskan diri dari
tekanan, penindasan dan ejekan semata-mata tetapi bertujuan membina
masyarakat dan Negara di tempat yang diizinkan Allah SWT iaitu di
Madinah. Rasulullah s.a.w. pula menjadi ketua misi hijrah kerana
baginda seorang pemimpin yang sentiasa mendapat hidayah Allah dan
Wahyu dan merupakan imam dalam melakukan syi'ar ibadat.

Madinah mempunyai masyarakat majmuk dan boleh dibahagikan kepada 3
golongan utama iaitu:
1.      Para sahabat r.a dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Muhajirin
adalah orang-orang Islam yang berasal dari Makkah dan Ansar terdiri
dari suku Aus dan Khazraj.
2.      Orang Musyirikin dari kalangan penduduk Madinah yang masih belum
beriman, mereka mengamalkan fahaman syirik pusaka nenek moyang tetapi
tidak mempunyai permusuhan terhadap Rasulullah s.a.w. dan akhirnya
mereka menganut Islam. Golongan kedua ialah Munafik yang diketuai oleh
Abdullah bin Ubai, mereka benci pada Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat tetapi mereka tidak berani menyatakan secara terbuka malah
mereka berpura-pura mengaku Islam.
3.      Orang-orang Yahudi iaitu terdiri dari 3 qabilah yang termasyhur
iaitu Bani Qainuqa' yang bersatu dengan suku Khazraj, Bani al-Nadhir,
Bani Quraizah yang bersatu dengan suku Aus.

Selepas peperangan antara Yahudi dan Rom pada tahun 70M, Bangsa Rom
telah berjaya menakluki Palestin serta menghancur-leburkan dan
menruntuhkan hikal Baitul Maqdis. Sebahagian besar bangsa Yahudi telah
berhijrah ke Semenanjung Arab, mereka bercampur gaul dengan masyarakat
Arab dan terpengaruh dengan bangsa Arab terutama dari penggunaan
bahasa, pakaian dan berkahwin dengan bangsa Arab. Namun begitu mereka
masih tebal assabiyyah bangsa Yahudi dan merasakan mereka lebih mulia
dari bangsa Arab.

Kaum Yahudi menghina bangsa Arab dengan memanggil bangsa mereka
ummiyyin(bangsa buta huruf, liar, mundur dan hina). Orang Yahudi
menganggap ramalan, sihir, jampi mentera sebagai ajaran agama mereka
tetapi mereka tidak menyebarkan kepada bangsa lain. Dengan mengetahui
perkara tersebut mereka berasa mulia dan lebih berilmu dari bangsa
lain. Yahudi juga menguasai ekonomi, menguasai pasaran tamar, arak dan
pakaian. Mereka bermu'amalah dengan sistem riba' dan menggunakan harta
kekayaan bagi mempengaruhi ketua-ketua qabilah. Kaum Yahudi sentiasa
mencetuskan peperangan bagi mengekalkan keperibadian bangsa mereka.
Mereka merupakan bangsa yang pintar dalam meniupkan fitnah dan
melaga-lagakan qabilah Arab.

Kedatangan Rasulullah s.a.w. ke Madinah membawa Islam telah
menimbulkan kemarahan, rasa permusuhan dan dendam di kalangan Yahudi.
Ini adalah kerana:
•       Rasulullah s.a.w. bukan dari kalangan bangsa Yahudi.
•       Ajaran-ajaran yang dibawa Islam akan membawa kebaikan terutama
konsep persdaudaraan dalam Islam. Ini akan menghilangkan permusuhan
dan seterusnya menghentikan peperangan.
•       Hukum-hukum Islam yang berlandaskan amanah, halal dan haram akan
menghapuskan peluang mereka meneruskan mu'amalah berdasarkan sistem
riba dan menutup ruang-ruang penipuan.

Wallahu a'lam….

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke