NEGARA ISLAM MADINAH
TEBALNYA SIKAP PERMUSUHAN YAHUDI TERHADAP ISLAM
Rujukan: Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang,
DPF, 1992, Jilid2

Kedatanga Rasululah s.a.w. ke Madinah bersama para sahabat r.a. telah
menimbulkan kemaran, permusuhan dan dendam dikalangan bangsa Yahudi.
Sifat permusuhan mereka telah didedahkan sendiri oleh
pemimpin-pemimpin Yahudi yang memeluk Islam kerana berpegang teguh
dengan ajaran Taurat yang sebenar dan tidak terpengaruh dengan
penyelewengan dalam agama mereka.

Ibn Ishaq rahimullah telah meriwayatkan dari Ummu al-Mu'minin Safiah
r.a."Aku adalah anak yang paling disayangi oleh ayah dan bapa
saudaraku. Apabila Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, ayahku Huyai bin
Akhtab dan bapa saudaraku Abu Yasir bin Akhtab berada di dalam keadaan
sugul. Aku mengintip perbualan mereka". Bapa saudaraku bertanya,
"inikah orangnya?. Ayahku menjawab: "ya". Bapa saudaraku bertanya,
"Apakah perasaan hatimu?". Ayahku menjawab, "Aku bermusuh dengannya,
demi Allah selagi aku masih ada".

Imam al-Bukahri pula menceritakan peristiwa Islamnya Abdullah bin
Salam r.a. sebagai berikut: "Apabila mengetahui tentang kedatangan
Rasulullah s.a.w. di Madinah dan tinggal di kampung Bani Najjar,
beliau yang juga ulama' besar dikalangan orang-orang Yahudi dengan
segera datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan tujuan mengemukakan
soalan-soalan yang tidak boleh dijawab melainkan oleh orang yang
menjadi Nabi. Apabila beliau mendapati Rasulullah s.a.w. dapat
menjawab soalan yang dikemukan, beliau terus beriman dan memberitahu
Rasulullah s.a.w. bahawa orang-orang Yahudi adalah bangsa
berputar-belit dan menyembunyikan kebenaran. Seandainya mereka tahu
beliau sudah beriman, nescaya mereka akan mengemukakan hujjah yang
bukan-bukan. Beliau mengesyorkan supaya orang-orang Yahudi dipanggil
dan ditanya dalam keadaan beliau bersembunyi di dalam rumah. Apabila
orang-orang Yahudi datang, Rasulullah s.a.w. bertanya, "Apakah
kedudukan orang yang bernama Abdullah bin Salam dikalangan kamu?".
Mereka menjawab, "Itulah orang paling alim, orang yang paling baik dan
anak kepada orang yang paling baik dikalangan kami". Rasulullah s.a.w.
bertanya lagi, "Apa pendapat kamu kalau Abdullah bin Salam itu masuk
Islam?". Mereka semua berkata, "Mudah-mudahan Allah melindungkannya
daripada berklaku begitu". Mereka mengulangi kata-kata mereka sebnayak
tiga kali. Tiba-tiba Abdullah bin Salam muncul dan mengucap dua
kalimah syahadah. Mereka semua berkata, "Inilah orang yang paling
jahat, anak kepada orang yang paling jahat dikalangan kami.

Begitulah gambaran bagamana sikap permusuhan kaum Yahudi terhadap
Islam dan Rasulullah s.a.w. dan sikap ini berterusan sehingga
sekarang. Sejarah memperlihatkan umpamanya peristiwa Sabra Shatila,
pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin seorang ulama' yang buta dan lumpuh dan
berbagai-bagai kekejaman lagi ke atas umat Islam.


Wallah hu a'lam….

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke