INDONESIA
 
89 wanita ditahan tak tutup aurat
(B Harian, 22.09.2005)

JAKARTA: Pihak berkuasa Aceh menahan berpuluh-puluh wanita berusia antara 15 hingga 40 tahun kerana tidak bertudung atau memakai pakaian ketat – bukti kesungguhan wilayah itu mempraktikkan undang-undang Syariah.

Seramai 89 wanita ditahan di bandar Sigli dalam satu operasi bersama polis dan Jabatan Agama sempena menjelang ketibaan Ramadan awal bulan depan, kata anggota polis berpangkat sarjan yang dikenali Dedy.

Wanita terbabit ditahan selama sejam dan diberi kaunseling mengenai kepentingan berpakaian menutup aurat sebelum dibebaskan.

Bilangan mereka yang ditahan itu adalah yang terbesar sejak pihak berkuasa Aceh memperkenalkan undang-undang Syariah pada 2001.

Undang-undang itu antara lain mengharamkan arak dan mensyaratkan wanita menutup aurat dan bertudung, semakin tegas dikuatkuasakan sejak tercetusnya kejadian tsunami, 26 Disember lalu yang meragut 131,000 nyawa di wilayah berkenaan.

Sejak Januari lalu, pihak berkuasa Aceh bertindak tegas melaksanakan hukuman sebatan rotan di khalayak ramai ke atas 15 lelaki kerana berjudi.

Selain itu 36 pemuda dan wanita ditahan kerana kesalahan khalwat. – AP
______________________________________________________________________________
 
MALAYSIA
 
ii) "Pertunjukan fesyen baju jarang tanpa coli, hidangan arak jam 8.30 malam dibuat di sebuah pusat membeli belah di ibu kota." -
Berita Harian 17 Mei 2005
 
BUKAN saja Paris, Milan, London dan New York saja yang tidak henti-henti menganjurkan pertunjukan fesyen mereka, Kuala Lumpur juga semakin megah melaksanakan minggu fesyennya sendiri bergelar Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW). Dari setahun ke setahun, acara itu semakin mantap.

Tahniah, diucapkan kepada semua pemenang bagi Anugerah Pereka Fesyen Star 2005 dan Anugerah Pengarang pada acara kemuncak KLFW yang berjaya dianjurkan dengan gilang-gemilang, hujung minggu lalu.

Tentunya penghormatan yang diberikan itu dapat dijadikan pemangkin untuk terus maju ke hadapan selain mencambahkan lagi semangat kepada pereka fesyen lain, bagi menghadapi saingan tahun hadapan.

Mula diperkenalkan sejak dua tahun lalu, KLFW mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan Malaysia dan jenama kecantikan L’Oreal Paris.

Penganjuran KLFW tahun ini, nampaknya lebih agresif apabila menerbangkan pereka fesyen terkemuka Asia seperti Rohit Bal dari India, Walter Ma (Hong Kong), Allan Chai (Singapura) dan Nono Palmos (Filipina) sebagai matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat fesyen antarabangsa.

Warna-warni beraneka fesyen dan gaya, mula dipersembahkan sejak 3 Mei lalu selepas dilancarkan Menteri Pelancongan, Datuk Dr Leo Michael Toyad di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Hadir sama pada majlis penuh bermakna itu ialah Pengerusi Penganjur KLFW 2005, Datin Linda Ngiam serta Pengarah Urusan LentOreal Malaysia, Jean Francois Couve.

Acara semakin rancak dengan penganjuran beberapa lagi atur cara sepanjang lima hari program berlangsung seperti malam koktel korporat, pertunjukan fesyen dari pereka fesyen tempatan termasuk Fashion Gala Night yang dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
 
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke