Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Humban Hattan ke laut:
Sri Gading mencemarkan nama baik Parlimen
ROSLAN SMSSaya sempat mengikuti siaran secara langsung pertandingan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Perlis di Stadium Bukit Jalil Sabtu lepas. Semasa menonton saya sempat juga menyaksikan lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan oleh penyanyi rock Hattan.
Saya kira ianya sempurna walaupun Hattan sebenarnya kelihatan macam mahu mengulangi 2 baris terakhir lagu tersebut sedangkan beliau terlupa yang lagu nyanyiannya itu telah pun sempurna sehinggalah muzik dihentikan.![]()
Tiba-tiba di Dewan Rakyat semalam ahli Parlimen Seri Gading Mohamed Aziz (Umno-BN) naik angin dan kelihatan macam hilang pertimbangan apabila membangkitkan insiden di atas. Beliau mendakwa Hattan tidak menyanyikan versi sebenar lagu tersebut dan menanggap tindakan Hattan itu sebagai satu penghinaan kepada lagu kebangsaan yang dinyanyikan pula di hadapan Yang Di Pertuan Agung.
UTUSAN melaporkan beliau sebagai berkata:
Saya rasa tersinggung apabila mendengarnya. Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut
Amboi, Mat Aziz ni wakil rakyat ke wakil hutan rimba?
Pertamanya ratusan ribu rakyat Malaysia boleh mengesahkan bahawa tiada cacat celanya nyanyian Hattan itu, malah kalau pun ada kesilapan ianya tidak disengajakan dan tak perlulah sehingga mendesak agar tindakan keras dan drastik diambil!
Dan keduanya bagaimana mungkin seorang yang berstatus ahli parlimen, anggota badan perundangan tertinggi dalam negara boleh mengeluarkan kata-kata kuno, nak menghumban orang ke laut?
Saya perhatikan Mat Aziz ini memang juru lawak dan tukang karut yang besar dalam Dewan Rakyat. Beliau memang akan mencuri apa sahaja kesempatan untuk bercakap dalam dewan walaupun kandungan ucapannya itu tiada isi dan kadang-kala tak masuk akal. Rata-rata kehadiran beliau dan dua tiga orang lagi rakannya lebih banyak mencemarkan nama baik dewan dan negara kalau nak dibandingkan dengan nyanyian Hattan tadi.
Elok sangatlah para pengundi di Seri Gading beri perhatian sikit. Pilihanraya umum akan datang tak perlu lah humbannya ke laut, cukuplah dengan menafikan beliau undi, bolehlah dia duduk lepak-lepak di warung-warung kopi. Rasanya tempat seperti itu lebih memerlukan khidmat beliau dari dewan rakyat yan mulia itu.sila ke BLOG Roslan SMS
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "harakahdaily" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
