Konsert alternatif di Kelantan satu percubaan yang cemerlang
Monday, October 03 @ 19:32:51 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
KOTA BHARU, 3 Okt (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, konsert alternatif yang pertama kali diadakan di Kelantan merupakan satu permulaan yang sangat cemerlang.

Menurut beliau, sebelum ini banyak persepsi salah digembar gemburkan pihak tertentu terhadap kerajaan negeri Kelantan dari kacamata hiburan.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa skrip Mawi berkata, kejayaan penganjuran konsert tersebut apabila kerajaan Kelantan berjaya menampilkan idola anak-anak muda masa kini.

“Sedikit sangat anak-anak muda yang gemar dengan aktiviti berat seperti program membentuk pemikiran, sebaliknya hiburan menjadi satu jalan atau wasilah untuk mendekatkan jurang perbezaan antara kerajaan negeri dengan anak-anak muda.

"Saya sangat optimis terhadap konsert tersebut, di mana generasi muda dapat melihat sendiri bentuk program yang dibolehkan dan tidak dibolehkan dalam Islam," katanya di sini.

Beliau percaya konsert tersebut mampu membentuk tanggapan positif anak-anak muda terhadap kerajaan PAS.

Tambah beliau, ia sesuai dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dilulus kerajaan negeri sebelum ini. Menurut beliau rakyat luar kelantan juga dapat melihat bagaimana model atau idola hiburan sebenar yang boleh dicontohi.
- /mj


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia calling card Malaysia shipping


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke