Saturday, November 12 @ 14:44:22 MYT
PASIR MAS, 12 Nov (Hrkh) - Isu calon nampaknya masih lagi menjadi persoalan besar yang sukar diputuskan Umno, memandangkan sekarang wujud pertembungan di antara presiden dan Pengerusi Perhubungan Umno bagi menentukan kriteria calon.
Dato Seri Abdullah Ahmad Badiwi dikatakan lebih berminat kepada calon berpendidikan agama. Manakala Dato Seri Annuar Musa mahu mengetengahkan kenalan rapatnya, Johan Che Pa.
Keadaan itu dapat dilihat apabila Abdullah menyebut Kita mesti mengemukakan nama calon awal, kita tidak boleh tunggu lama-lama sangat. Itu yang penting, katanya kepada wartawan Malaysia di Afrika Selatan semalam.
Malah katanya juga, tidak pasti sama ada Badan Perhubungan Umno Kelantan yang diketuai Annuar sudah menyenarai atau mengemukakan nama yang dicadangkan.
Menurut sumber Umno, Perdana Menteri lebih berminat kepada Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Mas / Tumpat, Kamarulzaman Abdul Ghani, seorang lulusan agama berbanding Johan.
Keadaan ini menimbulkan keresahan yang amat sangat kepada Umno kerana Kamarulzaman dikatakan tidak berminat disebabkan tidak yakin boleh menang, katanya.
Menurutnya, pegawai terbabit kini difahamkan begitu tertekan kerana pemimpin atasan Umno masih mengharapkan persetujuannya untuk diseranai pendekkan.
Bagaimanapun kata sumber itu, Annuar tidak berminat dengan calon terbabit kerana beliau kurang dikenali, malah tidak terbabit dengan parti di bahagian Pasir Mas.
Annuar awal-awal lagi mengemukakan nama Johan kerana mereka mempunyai hubungan begitu rapat selepas Johan yang merupakan bekas anak buah kepada Dato Ibrahim Ali pulang ke Pasir Mas, katanya.
Johan adalah Naib Ketua Bahagian Pasir Mas. Kemunculan pemimpin muda itu juga dikatakan tidak disenangi Ketua Bahagian, Dato Abdul Rahim Abdul Rahman dan timbalannya, Hanafi Mamat.
- mJ
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "harakahdaily" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
