Pengurusan Pasti As-Syarifah kesal mahkamah tangguh kes kali ke-8
Thursday, November 17 @ 16:50:05 MYT


Oleh OMAR SAIDI
MELAKA, 17 Nov (Hrkh) - Pengurusan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) As-Syarifah, Telok Mas di sini, kesal dengan penangguhan perbicaraan kali ke-8 di Mahkamah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berhubung isu bangunan pusat pendidikan prasekolah itu.

Pemilik tanah Pasti As-Syarifah, Haji Abdul Ghani menyatakan kekesalan itu selepas penangguhan kes itu di Mahkamah MBMB, di sini pagi kelmarin.
Beliau sedih kes tersebut sudah ditangguhkan sebanyak lapan kali oleh Mahkamah MBMB.
Kata beliau, penangguhan itu menyebabkan banyak perbelanjaan terpaksa ditanggung. Ia termasuk meninggalkan tugas harian manakala peguam terpaksa 'turun naik' mahkamah.
Katanya, mengikut mahkamah, kes tersebut akan ditangguhkan sehingga Februari depan.
Katanya, kes itu menunjukkan seolah-olah pihak terbabit tidak mengambil berat di atas kesulitan pihak Pasti As-Syarifah.
Menurut kes tersebut, tuan tanah akan didakwa atas tuduhan mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan. Tetapi sudah lapan kali ke mahkamah, kes itu tidak disebut-sebut lagi. - lanh


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke