Kempen banteras lanun cetak rompak, perjuangan membela filem luar negara?![]()
Tuesday, December 13 @ 15:57:35 MYT
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
RUPANYA masih belum reda lagi kemarahan artis dan penggiat seni tanah air kepada lanun cetak rompak kerana merompak hasil seni mereka.Saban hari ada sahaja arti atau pelakon yang memberi kenyataan menghentam lanun cetak rompak setelah filem atau album mereka tidak mencapai sasaran di pasaran.
Isu itu kini turut sampai ke Dewan Negara hari ini, bilamana Senator Dato' Jins Shamsuddin mengkritik lanun cetak rompak yang didakwanya membunuh hasil seni pelakon dan artis.
Tuesday, December 13 @ 15:57:35 MYT
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
RUPANYA masih belum reda lagi kemarahan artis dan penggiat seni tanah air kepada lanun cetak rompak kerana merompak hasil seni mereka.Saban hari ada sahaja arti atau pelakon yang memberi kenyataan menghentam lanun cetak rompak setelah filem atau album mereka tidak mencapai sasaran di pasaran.
Isu itu kini turut sampai ke Dewan Negara hari ini, bilamana Senator Dato' Jins Shamsuddin mengkritik lanun cetak rompak yang didakwanya membunuh hasil seni pelakon dan artis.
Malah ada pengedar-pengedar VCD tulen yang dikatakan terpaksa 'gulung tikar' akibat dari aktiviti lanun cetak rompak ini.Ada dakwaan mengatakan ada VCD filem Melayu yang
dicetak rompak dan dijual sebelum ditayangkan di pawagam.Ada juga keadaan dimana setelah seminggu filem ditayangkan di pawagam, VCD cetak rompak pula dikeluarkan.
Senario ini mengakibatkan VCD tulen bagi sesubuah filem katanya mengalami penurunan dari segi jualan dan menyukarkan penggiat seni mendapatkan keuntungan.
Kempen membanteras lanun cetak rompak hangat setelah air mata penyanyi sensasi Siti Norhaliza Taruddin membasahi pipinya suatu ketika dahulu, merintih rakyat supaya tidak membeli VCD cetak rompak.
Insiden titisan airmata ini terus hangat sehingga membangkitkan semangat banyak pihak termasuk kementerian, badan-badan bukan kerajaan dan penggiat seni yang dahpun lapuk turut serta memperjuangkannya.Barangkali faktor Siti boleh dijadikan alasan kempen ini dipergiatkan.
Penulis tertarik dengan kritikan yang dilemparkan Senator Dato' Hamzah Zainuddin kepada Senator Dato' Jins Shamsuddin mengenai kisah lanun cetak rompak dan industri seni negara.
Ketika Jins begitu tegas mempertahankan hasil penggiat seni tanah air, kritikan Hamzah memberi satu dimensi baru kepada persoalan kempen menghapuskan lanun cetak rompak.
Dalam senario artis dan pelakon terus memperjuangkan nasib mereka melalui VCD tulen, Hamzah mempertikaikan kewajaran penggiat seni terlalu memerangi lanun cetak rompak ini.
Dakwaannya dilihat berasas kerana beliau menyatakan bahawa filem yang dikeluarkan pengusaha filem negara ini yang dicetak rompak dilihat tidak sebanyak filem keluaran Bollywood atau Hollywood yang mengalami nasib yang sama.
"Kita lihat dipremis yang menjual VCD cetak rompak, berapa banyak sangat VCD filem dan album artis negara ini yang dijual berbanding VCD filem artis barat, Bollywood dan artis negara lain," katanya ketika berbahas di Dewan Negara.
Malah Hamzah turut mengutakan kritikan terhadap mutu dan persembahan filem Malaysia yang dikatakan antara penyumbang kepada kemerosotan jualan.Banyak filem yang
dibuat hanya menepati citarasa masakini iaitu berbalik kepada soal cinta dan mistik, janga sekali bersifat patriotik, muhasabah mahupun yang berbentuk dakwah.
Tidak slah Hamzah melihat kempen itu sebenarnya hanya memberi untung kepada pengusaha filem luar negara kerana yang banyak terjual adalah VCD filem barat dan Bollywood.
Penulis melihat, kebanyakan filem yang dihasilkan penerbit hanyalah bersandarkan kepada populariti pelakon yang membintangi filem mereka.Jika ada sahaja penyanyi baru atau selebriti yang meletup, mereka terus akan ditawarkan berlakon dalam filem.
Gejala menggunakan populariti artis ini seharusnya dielakkan malah industri filem negara perlu direformasikan supaya mampu membina tokoh-tokoh pelakon yang terhasil dari kekuatan dan keupayaannya menghayati seni lakonan seperti yang pernah terhasil suatu ketika dahulu dari studio Jalan Ampas, siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri P.Ramlee.
Watak dan lakonan P.Ramlee masih segar dalam
kenangan sehingga ada yang menyatakan sukar mencari pengganti Almarhum.Beliau begitu dikenali dengan kebolehan melakonkan pelbagai watak dari yang sedih kepada jenaka, dari yang susah kepada yang kaya dan originaliti lakonannya yang menghibur.
Namun watak seperti ini tidak wujud dalam persada seni masa kini.Yang ada hanyalah mereka yang hebat setelah media mensensasikan cerita-cerita mengenainya.
Berbalik kepada soal VCD cetak rompak, seperti yang dinyatakan oleh Hamzah, sememangnya dari pemerhatian penulis, kebanyakan VCD cetak rompak melibatkan filem terbaru dari laur negara.Tidak dinafikan ada filem dari negara ini tetapi bilangannya sedikit sekali.
Persoalannya, jika benar artis atau penggiat seni tidak mahu hasil seni mereka dicetak rompak, mengapa mereka tidak mahu berbincang dengan pengeluar bagi menurunkan harga jualan VCD yang dianggap rakyat kebanyakan terlalu mahal berbanding VCD cetak rompak.
Soal harga VCD sering menjadi perbualan umum, malah
mungkin inilah faktor kepada pembeli mencari vcD cetak rompak.Bagi rakyat yang berpendapatan rendah, sukar bagi mereka untuk membeli VCD sekitar harga RM35 seperti yang dijual dipasaran ketika ini.
Jalan mudah bagi mereka ini yang rata-ratanya melayan VCD artis Malaysia hanyalah VCD cetak rompak yang boleh diperolehi dengfan harga RM5 sahaja.
Seorang rakan di Parlimen menyatakan bahawa beliau akan membeli VCD filem Malaysia yang dicetak rompak daripada yang tulen kerana mutunya hampir serupa.Malah katanya dari sudut kualiti filem dan persembahan pula tidak banyak bezanya kerana mutu filem negara masih belum setanding dengan filem Hollywood atau Bollywood.
"Jika yang Bollywood dan Hollywoodpun saya beli yang cetak rompak, inikan filem Malaysia yang kualitinya boleh dipertikai," katanya berjenaka.Mana silapnya, tepuk dada tanyalah iman.
Justeru kempen perang kepada VCD cetak rompak boleh diteruskan, tetapi persaingan yang sihat melalui harga, kualiti dan
'content' hasil seni perlu dipertingkatkan.
Rakyat akan membeli pada harga yang mahal jika hasilnya memuaskan.Tidak mustahil kerana rakyat negara ini mampu memiliki kereta import yang mahal kerana yakin kepada mutunya.Tak mustahil jika produk seni bermutu tinggi, rakyat tidak akan teragak-agak untuk memilikinya.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
YAHOO! GROUPS LINKS
Kepada Dato' Jins, perjuangan membela golongan artis dan pelakon perlu diteruskan, tetapi jengok-jengok jugalah insan seni yang memperjuangkan mesej dakwah sejak bertahun lamanya.-wn.
Advertisement
| Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan angan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan? Begitu juga jika ada anak yang down syndrome, dan hyperactive? Jawapannya ialah BRILLIANTe | |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "harakahdaily" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
