JIM kekalkan Zaid Kamaruddin sebagai Presiden sesi 2005/2007
Thursday, December 15 @ 16:49:14 MYT


Oleh SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) - Perhimpunan Pewakilan Nasional ke-15 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang diadakan di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini masih terus memberi kepercayaan kepada Zaid Kamarudin menerajui Jawatankuasa Pusat JIM.

Dalam satu kenyataanya hari ini Setiausaha Agung JIM, Nahar Mohd Nor berkata, kepimpinan baru dilantik ini berazam untuk meneruskan usaha-usaha pengislahan ke arah pelaksanaan syariah Islam.
Perhimpunan itu yang bertemakan 'Membina Kekuatan Menegakkan Syariah' telah memilih barisan pemimpin mereka bagi sesi 2005/2007 iaitu Timbalan Presiden Syed Ibrahim Syed Noh; Naib Presiden Azahari Abdul Kadir dan Prof Dr Sahrim Ahmad; Setiausaha Agung Nahar Mohd Nor; Bendahari, Tuan Yaacob Tuan Sof dan Penolong Setiausaha Agung, Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Dalam pada itu katanya, perhimpunan itu masih mengekalkan Dr Harlina Halizah Siraj sebagai Ketua Wanita JIM.
Sementara itu Muhammad Abdullah, Ahmad Jamali Sepihie, Dr Zulfakar Ramlee, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Mohd Rashid Hasnon pula dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa JIM.-wn.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke