2008 mungkin SPR pakai teknologi tu digunakan kut. Itupun kalau dapat "kebenaran". Kalau pakai, takkan Kerajan Barisan Nasional (bukan kerajaan Malaysia tau ) tak nak menang. :))))). Pokok pangkalnya, tak pakai teknologi, senang nak menipu. :))))
--- Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Setiap kali menjelang pilihanraya di Malaysia ini > baik > pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil, yang > sering menjadi tumpuan parti-parti yang bertanding > dan > para pengundi ialah Suruhanjaya Pilihan Raya > Malaysia > (SPR). > > Sering menjadi mangsa ketidakpuasan parti-parti yang > bertanding ialah SPR. Pegawai-pegawai SPR baik yang > tetap mahupun yang kontrak yang bertugas semasa > pilihanraya akan menjadi tumpuan para pengundi dan > wakil parti-parti politik apabila berlaku kekecohan. > > Sebagai sebuah badan yang bermotokan Cekap dan Telus > untuk mengekalkan kredibiliti mereka dalam > menjalankan > pilihanraya bebas dalam sebuah negara yang > mengamalkan > prinsip demokrasi SPR sewajarnya sentiasa dari masa > ke > semasa mengadakan satu sistem pilihanraya yang > terbaik > (Fool Proof) untuk mengelakkan sebarang bentuk > kesilapan yang tidak disengajakan mahupun kesilapan > yang disengajakan oleh petugas mahupun penyokong > parti-parti yang bertanding. > > Isu pengundi hantu telah lama diperkatakan namun > tiada > sebarang bukti kukuh yang pernah dibawa ke muka > pengadilan, walaupun sebelum ini terdapat bukti > adanya > sindiket yang memalsukan Kad Pengenalan mahupun > Mykad > untuk tujuan tertentu yang bukannya bertujuan untuk > mewujudkan pengundi hantu. > > Apakah terdapat kelemahan (Loop Holes) dalam sistem > pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sekarang ini > ? > Sekiranya ada pihak tertentu yang ingin memenangkan > kawan mereka yang bertanding sebagai calon baik > daripada parti pemerintah mahupun daripada parti > pembangkang bolehkah mereka melakukannya ? > > Jawapannya , ya memang terdapat kelemahannya. > Berdasarkan kepada pengalaman saya semasa mengundi > dalam pilihanraya umum tahun 2004 yang lalu saya > telah > mendapati terdapat beberapa kelemahan. Apabila saya > menyerahkan Mykad saya kepada petugas SPR untuk > mengambil kertas undi , petugas tersebut hanya > memandang ke senarai daftar pemilih dan terus > memberikan saya kertas undi. Petugas SPR tadi tidak > memandang saya, dan wakil-wakil parti yang menjadi > pemerhati dalam tempat mengundi pun tidak mengenali > saya. Dalam hati saya sekiranya saya menyuruh > sahabat > saya mengundi bagi pihak saya, tiada siapa yang akan > mengetahuinya, Tiada sistem diwujudkan dalam > pilihanraya untuk mempastikan mereka yang mengundi > adalah sama dengan mereka yang membawa Mykad. > > Kelemahan ini berlaku dalam sistem Lembaga Urusan > Tabung Haji sebelum ini. Masih ingatkah kita > beberapa > kes pengeluaran Tabung Haji oleh individu tertentu > daripada akaun orang lain sebelum ini ? Malah ianya > membabitkan jutaan ringgit. Jika kita pergi ke > Tabung > Haji sekarang ini, setiap kaunter ada disediakan > mesin > membaca data Mykad dan mesin imbasan cap jari. > Kedua-dua ini akan digunakan sebagai pengesahan > kepada > mana-mana individu yang ingin mengeluarkan tabungan > mereka. > > Menggunakan mesin membaca data Mykad dan mesin > imbasan > cap jari semasa proses pengundian dalam pilihanraya > adalah merupakan tindakan yang wajar untuk > mengelakkan > sebarang penipuan di samping memudahkan urusan > petugas-petugas SPR untuk menyemak daftar pemilih. > > Menggunakan mesin membaca data Mykad dan mesin > imbasan > cap jari adalah merupakan kaedah terkini untuk > mengesahkan daftar pengundi. Malah ianya boleh > diperkukuhkan lagi dengan kaedah konvensional yang > diamalkan dibeberapa negara luar iaitu dengan > mengecop > pada belakang tapak tangan mereka yang telah > mengundi > dengan dakwat yang sukar untuk dihilangkan dalam > tempoh sehari. > > Tahap teknologi yang digunakan oleh SPR sekarang ini > ada kalanya tidak menggambarkan mereka seiring > dengan > kehendak kerajaan menuju wawasan 2020 dengan > menggunakan segala kemudahan teknologi maklumat. > > Baru-baru ini saya menghadiri satu taklimat yang > dikendalikan oleh SPR. SPR sebagai sebuah badan yang > dianggap begitu penting tidak menggunakan kemudahan > teknologi maklumat dalam operasi mereka. Sesi > taklimat > SPR dikendalikan dengan menggunakan projektor yang > out dated iaitu menggunakan transparency , > sedangkan di sekolah rendah pun sekarang ini mereka > telah menggunakan Lap Top dan Digital Projector. > Sekiranya dalam operasi harian SPR mereka > menggunakan > teknologi yang lama, bagaimana mereka hendak > meyakinkan rakyat mereka mengikuti perkembangan > semasa > dalam mengendalikan pilihanraya. > > Malah dalam taklimat tersebut SPR membangkitkan isu > utama iaitu kurangnya kesedaran orang ramai untuk > mendaftar menjadi pengundi. Mengapakah tidak > diwujudkan hubungan rangkaian antara sistem maklumat > SPR dan sistem maklumat Jabatan Pendaftaran Negara > agar semua warga negara Malaysia yang berumur 21 > tahun > ke atas secara otomatiknya akan didaftarkan dalam > senarai daftar pemilih, atau mereka yang telah > meninggal dunia dikeluarkan dari daftar pemilih > tersebut ? Dengan ini akan menjimatkan masa > pegawai-pegawai SPR untuk mencari pengundi-pengundi > baru atau untuk mengeluarkan nama pengundi-pengundi > yang telah meninggal dunia. Malah rangkaian maklumat > ini boleh disambungkan dengan beberapa agensi lain > seperti Tentera, Polis dan Kedutaan Malaysia di luar > negara untuk mengemaskinikan daftar > pengundi-pengundi > pos. > > Oleh itu SPR dari masa ke semasa haruslah > mempertingkatkan kecekapan dan ketelusan mereka > untuk > mengelakkan sebarang ruang untuk pihak tertentu > membuat sebarang tuduhan terhadap mereka disamping > itu > dapat menjaga kebajikan petugas-petugas SPR agar > mereka dapat menjalankan tugas dengan tenang sewaktu > pilihanraya. > > Rozmal bin Malakan > Taman Alamanda, Senawang, NS > > > Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com > > > > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam > protection around > http://mail.yahoo.com > __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Subscribe: [EMAIL PROTECTED] Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED] Digest message: [EMAIL PROTECTED] HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com PAS Homepage: http://www.parti-pas.org HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
