PAS Kedah tubuh JK Khas bantu mangsa banjir
Monday, December 19 @ 09:46:57 MYT


Oleh HELMI KHALID
ALOR STAR, 19 Dis (Hrkh) - PAS Kedah, bertindak menubuhkan Jawatankuasa Khas Membantu Mangsa Banjir ekoran beberapa kawasan di negeri ini teruk menimpa musibah itu seperti di Changloon, Jitra, Padang Terap, Bukit Pinang, Pokok Sena, Jerlun dan Anak Bukit di Kuala Kedah.

Menurut Setiausaha PAS Kedah, Aris Awang, pihaknya dengan kerjasama PAS kawasan yang terlibat telah menghantar petugas bagi memberi bantuan awal terutamanya memindahkan mangsa ke pusat penempatan banjir di beberapa buah sekolah.
Sehubungan itu, pihaknya memerlukan sumbangan berbentuk kewangan untuk menampung tabung bencana ini melalui akuan Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Alor Star: 02010000320719 atas nama Badan Perhubungan PAS Kedah.
Katanya, memandangkan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di utara Kedah sekitar jam 11.00 pagi semalam telah 'menenggelamkan' sebahagian besar kawasan Kubang Pasu, beberapa jalan utama kawasan itu juga 'terputus hubungan', justeru ini jumlah rakyat yang ditimpa musibah ini dianggarkan lebih ramai menjelang malam tadi.
Siaran Kedah FM sekitar jam 2.50 petang tadi melaporkan bahawa, sekitar 2000 mangsa banjir telah dipindahkan ke 10 pusat pemindahan, antaranya di Sekolah Menengah Changloon, Sekolah Kebangsaan Hosba, Sekolah Kebangsaan Banai, Dewan Padang Sera dan Kodiang.
(Pandangan Kampung Telok, dekat Jitra yang ditenggelami banjir.)
Sementara laporan itu juga menyebut seluas 5000 ekar sawah di Jerlun dan 930 ekar di Kubang Pasu telah dikenalpasti dilanda banjir.
Menurut siaran itu lagi, sehingga lewat malam ini adalah dijangkakan, paras air terutamanya di Sungai Padang Terap (Padang Terap - Kubang Pasu - Kepala Batas - Titi Gajah - Anak Bukit -Alor Star - Kuala Kedah) akan meningkat naik.
Paras sekitar jam 3.00 petang ini adalah di atas paras merbahaya, ekoran hujan lebat sehari suntuk bermula 17 Disember.
Justeru, sumbangan dari semua pihak amat-amat diperlukan bagi sama-sama menyalurkan bantuan berbentuk makanan serta kewangan kepada mangsa banjir, sebarang pertanyaan lanjut, penyumbang bolehlah menghubungi Aris Awang di talian: 019 540 5826.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun PAS Bukit Pinang), Haji Rohsidi Othman, telah melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasannya di Kampung Bukit Pinang.
Adun Anak Bukit, Haji Amiruddin Hamzah yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula, juga menyampaikan sumbangan dan mendekati mangsa banjir di kawasannya sekitar Gunung Keriang dan Sungai Baru.
Selain itu, kepada yang memerlukan bantuan kecemasan, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah juga menawarkan khidmat sukarelawannya, Jabatan Amal boleh dihubungi di talian: 012 572 0067 (Ustaz Zailani Nik Cik).
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan yang terlibat turut membuka Hotline masing-masing.
Kubang Pasu (019-525 0745 - Ustaz Yusof & Mohd. Rosidi Mat Isa - 019-572 7545), Padang Terap (019-465 2903 - Ustaz Azam & Mohd. Shukri 019-428 0244), Jerlun (012-565 2176 - Shukri Bakar & Azhari Hamzah 019-473 9103) serta Kuala Kedah - 012-421 5955 - Mohd. Nasir Mustafa).
Tinjuan Harakahdaily sekitar jam 10.00 pagi semalam di Kawasan Kubang Pasu terutamanya di Lubuk Batu, Kampung Empa dan Kampung Bukit mendapati air Sungai Padang Terap mengalir amat deras dan meningkat naik begitu pantas.
Dari jam 12.00 tengahari hingga jam 3.00 petang, tinjauan mendapati beberapa jalan telah ditutup untuk laluan awam seperti Sungai Korok ke Jitra, Lubuk Batu ke Wang Tepus dan sekitar Pekan Jitra 2.
Difahamkan juga laluan awam juga ditutup di beberapa persimpangan ke Pekan Changloon dan Kodiang, sementara dalam Dun Anak Bukit, Kampung Pulau Kerengga, Sungai Baru, Alor Melintang, Gunung Keriang telah mula dinaiki banjir.
Di Padang Terap, beberapa jalan juga ditutup untuk laluan awam iaitu dari Puncak Janing ke Kuala Nerang, Kurong Itam ke Jitra, dan menurut Ketua Pemuda PAS Padang Terap, Ustaz Azam Aziz, pekan Kuala Nerang juga telah ditenggelami air dengan paras yang agak tinggi.
Sementara itu, paras air sungai utama di belakang Stadium Negeri di Lebuh Raya Darul Aman di bandar ini juga hampir-hampir mencecah jalan raya.
Malam kelmarin, Langkawi telah dilanda banjir di beberapa kampung sekitar Kampung Kuah, lapor Setiausaha Pemuda Langkawi, Ahmad Sidek.
Dari tinjuan, apa yang dikesalkan adalah sikap sesetengah orang ramai yang berpusu-pusu terutamanya ke kawasan kampung atau jalanraya yang semakin dinaiki air, sikap ini bukan sahaja boleh menimbulkan kejadian yang tidak diingini, malah telah menyebabkan kesesakan jalanraya yang teruk di beberapa simpang jalan.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke