Pelbagai pihak telah bangkit untuk mencegah gejala
sosial dikalangan remaja Melayu terutama menjelang
sambutan Tahun Baru dan sambutan lain. Dewan Pemuda
PAS N.Sembilan tak nak buat rondaan ke di Pantai PD,
Pantai Telok Kemang, Taman Tasik Seremban dan
lain-lain tempat berpotensi secara kerjasama dengan
Jabatan Agama Islam N.Sembilan ? Dewan Pemuda Negeri
lain macamana , ke dah sejuk sebab kalah di Pengkalan
Pasir ?

Harian Metro 19 Disember . Edisi KL : Ditaja negara
barat

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20051219090817/Article/indexm_html

Oleh Mohamad Hussin

KUALA LUMPUR: Budaya parti liar membabitkan remaja
Melayu yang beragama Islam sudah bertapak di negara
ini sejak lima tahun lalu, terutama ketika menyambut
perayaan besar seperti tahun baru.

 “Parti liar ini memerlukan remaja meneguk minuman
keras sambil berkucup, mempamerkan aksi lucah dan
akhirnya terjerumus melakukan seks beramai-ramai,”
kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Islah
Selangor (Perkid), Masridzi Sat.

Menurutnya, Perkid mengesan sebuah kumpulan tertentu
yang ditaja negara barat, mengatur muslihat tertentu
dengan menjadikan golongan remaja Melayu sebagai
sasaran bertujuan merosakkan akidah dan akhlak mereka.

“Golongan remaja mudah terpengaruh dengan budaya barat
yang mengamalkan parti bebas serta menyelitkan unsur
ganas dalam lagu yang boleh mendorong remaja kita
untuk melakukannya.

“Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita menggalakkan
kegiatan yang tidak sihat seperti meminum arak, menari
bogel dan menyanyi sehingga mendorong mereka untuk
melakukan seks beramai-ramai,” katanya ketika
dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas
laporan Metro Ahad semalam mengenai penganjuran parti
liar sempena sambutan Tahun Baru 2006 yang bakal
diadakan di Pantai Cenang, Langkawi, pada 31 Disember
ini. 

Rancangan pihak penganjur mengadakan parti liar itu
didedahkan seorang ahli Dewan Negara, Senator Datuk
Wira Syed Ali Syed Abbas Alhabshee, 14 Disember lalu.

Syed Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras dipetik
sebagai berkata, beliau terperanjat selepas menerima
kad jemputan yang diberikan orang awam sewaktu hadir
ke Pejabat Khidmat Masyarakatnya di Jalan Peel, di
sini, minggu lalu. 

Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan
tegas, termasuk membatalkan permit penganjur terbabit
yang dianggap tidak menghormati budaya dan nilai murni
masyarakat di negara ini.

Sementara itu, Masridzi berkata, pihak berkuasa perlu
mengetatkan lagi syarat pengeluaran permit kepada
mana-mana kumpulan atau individu yang ingin
menganjurkan pelbagai aktiviti membabitkan remaja. 

“Kalau perlu temu duga penganjur terbabit mengenai
aktiviti yang ingin dijalankan, berapa ramai remaja
serta tujuan diadakan sebagai langkah berjaga-jaga
supaya golongan remaja tidak terjebak gejala sosial.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan
Agama Islam Negeri perlu menempatkan beberapa anggota
penguat kuasa di tempat penganjuran pesta atau konsert
bagi memantau keadaan sebelum mengambil tindakan,”
katanya. 

Beliau berkata, sejak Perkid ditubuhkan lima tahun
lalu, pihaknya sudah memulihkan kira-kira 2,000 remaja
berusia antara 11 hingga 35 tahun yang terbabit dalam
najis dadah, murtad, juvana dan gejala sosial.  
      



 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke