Safinah akhiri perkhidmatan dengan penghargaan kepada kerajaan PAS![]()
Thursday, December 22 @ 14:20:38 MYT
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Hrkh) - Hari ini adalah hari terakhir bagi Senator Safinah Jusoh menyumbang baktinya kepada Dewan Negara khasnya dan Parlimen amnya di samping mantan Timbalan Presiden PAS, Senator Ustaz Hassan Shukri yang turut tamat tempohnya selama enam tahu sebagai ahli Dewan Negara.
Beliau yang bangung bagi membahaskan Rang Undang-undang Warisan sempat memberi ucapan terima kasihnya kepada kerajaan PAS Terengganu 1999 yang telah melantiknya sebagai Senator bersama Ustaz Hassan bagi memacu perjuangan PAS membawa Islam sebagai wadah ummah.

Tidak lupa juga beliau mengalungkan ucapan terima kasih kepada Sultan
Terengganu, Al Sultan Mizan Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin yang sudi memperkenan perlantikan beliau sebagai Senator.
Beliau yang telah dilantik sebagai senator mewakili kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999 telah menabur baktinya selama enam tahun di Dewan Negara dengan cemerlang.
Telah banyak isu-isu yang dilontarkan Safinah termasuk isu diskriminasi royalti minyak yang dilakukan kerajaan pusat ke atas Terengganu ketika PAS memerintah negeri tersebut.
Meskipun bergelar seorang muslimah sejati, kata-katanya tetap menggoncang ahli Dewan Negara yang majoritinya dari Barisan Nasional (BN), malah diawal perkhidmatannya beliau cukup lantang mengutarakan isu-isu membabitkan kelemahan kerajaan BN.
Safinah berucap kali terakhir sentuh isu warisan bangunan
Di akhir pentas politiknya di Dewan Negara, Safinah yang bangun bagi membahaskan Rang Undang-undang Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan menyentuh soal peripentingnya menjaga keutuhan
warisan bangunan daripada luntur atau musnah suatu hari nanti.
Menurut Safinah, apa yang terjadi hari ini terdapat bangunan yang struktur binaan dalamannya telahpun dimakan 'bubuk' atau anai-anai.
"Kita bimbang jika ianya tidak dipulihara, suatu hari nanti bangunan ini akan runtuh dan generasi akan datang tidak akan dapat mengenali bangunan ini yang menjadi warisan," katanya.
Terdahulu sebelum itu Senator Jins Shamsuddin turut menkritik penggunaan nama-nama jalan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang didakwanya meniru nama-nama jalan di Amerika Syarikat.
"Saya harap nama-nama jalan ini ditukar kepada nama-nama tokoh-tokoh sejarah kita.Kita tidak mahu nama-nama penjajah digunakan, sedangkan kita tidak pernah dijaha Amerika," katanya.
Beliau membawa contoh nama-nama tokoh seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Dato Maharajalela, Tun Sambathan, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lok dan Dato' Onn Jaffar.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
YAHOO! GROUPS LINKS
Rang Undang-undang Warisan
ini dibentang Timbalan Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Dato Wong Kam Ho di Dewan Negara pagi tadi.
Ianya menyentuh soal pemuliharaan dan pemeliharaan artifak, penulisan, bahan-bahan dan bangunan yang ada kesan kepada nilai sejarah .-wn.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "harakahdaily" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.