| Warga miskin dianiaya, Ketua Umno tidak tunai janji bina rumah | | |
Oleh Salman Hussin
Mungkin tiada siapa menduga dalam kehebatan pembangunan bandar raya Johor Bharu dan kepesatan pembangunan zon industri Pasir Gudang, masih terdapat ribuan penduduk yang menghuni tanah setinggan.
Malah di sebalik kedaifan penghuni setinggan ini masih ada juga kalangan manusia tertentu yang tergamak mengambil kesempatan di atas penderitaan dan kesengsaraan hidup orang lain.
Dengan alasan untuk membantu warga miskin kesempatan ini telah diambil untuk melakukan penipuan dan penganiayaan terhadap insan lain, semua ini berlaku gara-gara kerakusan nafsu yang sudah tidak mampu dibendung oleh iman.
Makcik Aminah di hadapan rumahnya yang terbengkalai.
Beliau yang sebelum ini merasa cukup selesa tinggal bersama seorang anak lelakinya di rumahnya sendiri yang agak buruk selepas kematian suami kira-kira 10 tahun lalu namun bagi beliau itu sudah cukup memadai daripada langsung tidak berumah.
Bagaimana kira-kira dua bulan lalu beliau telah didatangi Ketua Kampung yang juga Ketua Cawangan Umno kampung tersebut yang menurutnya mahu memperbaiki rumahnya yang sudah uzur ini.
Berita ini sangat menggembirakan makcik
Aminah yang telah tinggal di tanah setinggan ini sejak lebih 40 tahun lalu malah beliau menyarankan supaya rumahnya tidak perlu dirobohkan kesemuanya sebaliknya memadai jika diperbaiki mana-mana yang perlu sahaja kerana menurutnya rumahnya tidaklah terlalu uzur sangat dan bekalan elektrik pun sudah ada kecuali bekalan air paip yang masih tiada..
Bagaimana pun pihak terbabit terus berkeras dengan keputusan untuk merobohkan juga rumah beliau dengan alas an untuk membina rumah baru dalam masa seminggu dua sahaja dan beliau diminta berpindah menumpang sementara di rumah jiran.
Pada hari rumahnya dirobohkan beliau telah diberi bantuan barang-baang makanan dan wang RM100.00 malah beliau juga dijanjikan bantuan bulanan sebanyak RM250.00 oleh individu terbabit. Bagaimanapun setelah dua bulan berlalu rumah beliau masih juga belum siap dan bantuan yang dijanjikan juga tidak diterima, bila beliau mengajukan perkara ini kepada pihak
berkenaan beliau telah dimarahi.
Beliau yang menumpang di rumah sewa milik jiran berhampiran secara percuma sejak dua bulan lalu terpaksa meneruskan kerja-kerja membuat rumahnya dengan wang hasil pendapatan anak lelakinya yang bekerja buruh binaan.
Justeru dengan pendapatan yang tidak seberapa ini menyebabkan kerja-kerja membuat rumah beliau seringkali terhenti kerana kehabisan wang.
Justeru dengan pendapatan yang tidak seberapa ini menyebabkan kerja-kerja membuat rumah beliau seringkali terhenti kerana kehabisan wang.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pasir Gudang, Syed Othman Abdullah, ketika ditemui melahirkan rasa kesal dengan sikap Umno cawangan yang gagal menunaikan janji untuk menyiapkan rumah warga miskin ini.
Kalau betul ada peruntukan ke mana perginya peruntukan ini kerana sebelum ini pun ada penduduk miskin di kampung ini yang mendapat peruntukan dan rumah mereka siap dibina tetapi kenapa rumah makcik Aminah ini terbengkalai."
Kalau betul ada peruntukan ke mana perginya peruntukan ini kerana sebelum ini pun ada penduduk miskin di kampung ini yang mendapat peruntukan dan rumah mereka siap dibina tetapi kenapa rumah makcik Aminah ini terbengkalai."
"Kita bimbang berlaku penyelewengan dalam pembinaan rumah ini, kita akan menyiasat perkara
ini lebih lanjut dan sekiranya terdapat bukti berlaku penyelewengan maka kita akan mengajukan perkara ini kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR),"tegasnya.
Tonton wtv8 di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Hantar Berita dan Komen ke
[EMAIL PROTECTED]
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
SPONSORED LINKS
| Malaysia florist | Florist malaysia | Malaysia flower |
| Malaysia flower shop | Malaysia phone card | Malaysia calling card |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "harakahdaily" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
