Hj Mahfuz bersama-sama Khairul Faizi di hadapan Balai Polis setelah membuat laporan penyalahgunaan kuasa Umno terhadap premis dan pelajar sekolah ketika ulangtahun Umno ke-60 di Johor baru-baru ini. Foto - Harakah Johor
| PAS lapor polis, Umno guna premis, pelajar sekolah sambut ulang tahun | | |
Oleh Salman Hussin
Beberapa sekolah di daerah Johor Bahru telah diberi cuti sempena sambutan kelahiran 60 tahun Umno yang disambut secara besar-besaran di Istana Besar Johor, dekat sini 11 Mei lalu.
Selain itu difahamkan terdapat juga sekolah-sekolah di daerah Pontian dan Pasir Gudang yang diarah menangguhkan Peperiksaan Ujian Setara yang sepatutnya diadakan serentak di semua sekolah di negeri ini pada hari Khamis (11 Mei) lalu, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (DPP NJ), Khairul Faizi Ahmad Kamil, di sini Rabu lalu.
Berikutan cuti khas sempena kelahiran 60 tahun Umno ini Jadual Peperiksaan Ujian Setara yang sepatutnya dijalankan pada 11
Mei ini telah ditangguhkan kepada 15 Mei 2006 dan 17 Jun 2006.
Sebahagian wanita Umno beredar pulang selepas menyertai perhimpunan menyambut 60 tahun kelahiran Umno di Istana Besar Johor 11 Mei lalu.
Katanya, DPP NJ telah membuat laporan polis berhubung
surat yang diedarkan pihak sekolah di daerah Johor Bahru kepada seluruh ibu bapa yang memaklumkan arahan cuti sempena sambutan 60 tahun kelahiran Umno pada 11 Mei lalu.
Kita merasa amat kesal dengan tindakan Pejabat Pelajaran Negeri Johor yang mengarahkan sekolah-sekolah di daerah ini bercuti semata-mata untuk menyambut tarikh kelahiran sebuah parti politik.
Kita merasa amat kesal dengan tindakan Pejabat Pelajaran Negeri Johor yang mengarahkan sekolah-sekolah di daerah ini bercuti semata-mata untuk menyambut tarikh kelahiran sebuah parti politik.
Tindakan Umno ini telah mencabuli tugas Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah apabila memaksa mereka untuk mematuhi arahan politik, walau pun mereka parti yang memerintah tetapi ini adalah program parti maka tidak sepatutnya Umno memperkudakan jabatan kerajaan untuk kepentingan parti mereka.
Tindakan ini jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan politik daripada memikirkan kepentingan pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan,"jelasnya.
Faizi selanjutnya berkata, keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun
lepas di Johor adalah antara yang terlemah di negara ini, bila ini berlaku maka guru yang dipersalahkan sedangkan sebenarnya Umno yang menyebabkan pelajar di negeri ini tercicir apabila pembelajaran mereka diganggu dengan berbagai program parti yang membabitkan pelajar.
Sebaliknya guru-guru terpaksa akur dengan arahan politik yang dilakukan Umno, bagaimana kita boleh mencapai kecemerlangan dalam pendidikan kalau Umno sendiri mengganggu sistem pendidikan di negara ini,katanya.
"Laporan polis yang kita buat ini mendesak polis menyiasat beberapa perkara yang dilihat sebagai tindakan pencabulan Umno terhadap jabatan pelajaran di negeri ini."
"Laporan polis yang kita buat ini mendesak polis menyiasat beberapa perkara yang dilihat sebagai tindakan pencabulan Umno terhadap jabatan pelajaran di negeri ini."
"Selain itu kita juga akan melakukan tindakan susulan kepada Pejabat Pelajaran Johor bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini,"katanya.
Merintis Alam
Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
SPONSORED LINKS
| Malaysia florist | Florist malaysia | Malaysia flower |
| Malaysia flower shop | Malaysia phone card | Malaysia calling card |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "harakahdaily" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
