Dr Mahathir jejaki Tunku Ab Rahman tinggalkan Umno? | | |
Oleh Maslan Yusoh
Misalnya, Dato' Onn Jaffar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn meninggal dunia ketika bukan berada dalam perjuangan Umno. Begitu juga Tun Ghaffar Baba dianggap tidak lagi memberi komitmen kepada Umno di akhir hayatnya.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan berkata, Dr Mahathir juga mungkin mengikut jejak langkah pemimpin sebelumnya yang meninggal dunia ketika bukan lagi berada dalam Umno.
"Perkara itu tidak dapat ditolak kerana sejarah mencatat bekas pemimpin terdahulu meninggal dunia ketika bukan lagi bersama Umno, biar pun pernah menjadi pemimpin utama negara. Berdasar situasi yang dihadapi Dr Mahathir sekarang, dia juga tidak lagi dihormati biar pun pernah 22 tahun memimpin parti itu."

"Sekarang pandangannya diperlekeh pemimpin Umno," katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Belukar, Jalan Telipot dekat sini malam tadi. Hadir sama Presiden Majlis
Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Dato' Paduka Ibrahim Ali, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Ketua Cawangan Belukar, Haji Abdul Razak Mamat.
Sebelum ini pandangan Dr Mahathir terhadap kepemimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk isu jambatan indah di Johor Bahru diperlekehkan pemimpin Umno. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz meminta Dr Mahathir tidak campurtangan dalam pentadbiran sekarang.
Ibrahim juga berpendapat Dr Mahathir mungkin akan meninggalkan parti yang pernah dipimpinnya kerana segala pandangannya sebagai orang yang cukup berpengalaman tidak lagi diendahkan.
Katanya, tidak dapat ditolak kemungkinan bekas Perdana Menteri itu mengikut jejak langkah Dato' Onn, Hussien Onn dan Tunku Abdul Rahman pada masa akan datang.
Beliau yang juga bekas Ketua Umno Pasir Mas berkata, kelemahan
kepemimpin Abdullah jelas kelihatan apabila Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) yang dipengerusinya tidak menyatakan sebarang reaksi biar pun Palestin dikenakan sekatan kewangan oleh negara Barat.
"Dalam isu Palestin Abdullah sepatutnya mengambil pendirian tegas. Namun sehingga sekarang tiada pendiriannya mengenai nasib yang dialami rakyat Palestin ekoran sekatan kewangan selepas Hamas menguasai negara tersebut," katanya.

Beliau juga meminta rakyat Kelantan mempertahankan habis-habisan negeri ini kerana ia menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan ketuanan Islam dan Melayu selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal mentadbir negara.
Ahmad Rusli berkata, adalah wajib rakyat Kelantan mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama sekarang dan bukan lagi harus.
Pada majlis itu Takiyuddin juga mendedahkan peguam yang membawa kes anggota Parlimen Kota Bharu, Dato'
Zaid Ibrahim menyamankan Undang-Undang Hudud Kelantan telah menyatakan hasrat menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.
"Ini berita yang baru saya terima dan cukup menggembirakan ketika Zaid sekarang tiada lagi tempat dalam Umno di Kota Bharu selepas digantung jawatannya sebagai ketua bahagian. Malah di Bunut Payong, Dato' Ahmad Rastom pula dikatakan cuba melebarkan pengaruhnya semula," ujarnya.

Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
SPONSORED LINKS
| Malaysia florist | Florist malaysia | Malaysia flower |
| Malaysia flower shop | Malaysia phone card | Malaysia calling card |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "harakahdaily" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.