Kerajaan digesa tangani gejala 'mat rempit', lepak dengan program khusus PDF Cetak
Thu | May 11, 06 | 05:35:20 PM
Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Kerajaan digesa agar mengadakan satu program khusus untuk para remaja yang dikenalpasti terlibat dalam masalah 'mat rempit' dan lepak bagi menangani masalah sosial di kalangan mereka.

Senator Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata walaupun kerajaan telah membuat pelbagai program untuk generasi muda, ia tidak mencukupi memandangkan ia disertai oleh remaja yang 'sihat' pekertinya.

"Kita mahukan program khusus untuk remaja yang terlibat dengan mat rempit dan lepak sebagai satu langkah pemulihan kepada mereka kerana jika tidak diberi perhatian, mereka inilah yang akan menjadi punca kepada segala masalah sosial di negara ini," kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Negara, hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan  (KBS) ketika menjawap soalan itu berkata pihaknya masih di dalam proses perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi mengambil langkah-langkah seterusnya kepada para remaja yang terlibat dalam masalah lepak dan mat rempit.

Zailah, sebelum itu, dalam sesi soal jawab di Dewan Negara meminta KBS menyatakan usaha-usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kepada belia supaya tidak terjebak dalam kancah sosial.


Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke