Tabung Bantuan Palestin cecah RM2 juta PDF Cetak
Sat | May 20, 06 | 10:00:36 PM
Oleh Mohd Rashidi Hassan
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Sumbangan rakyat Malaysia untuk bantuan kemanusiaan Tabung Selamatkan Kerajaan Hamas Palestin anjuran PAS sudah mencecah hampir RM2 juta, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Menurut beliau sejak dilancarkan pada 13 Mei lalu, untuk tempoh dua bulan, PAS mensasarkan kutipan sebanyak RM3.6 juta ataupun USD1 juta dalam roadshow yang akan terus diadakan di seluruh negara.

Bagi pihak PAS, Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Kerajaan Negeri Kelantan dan syarikat-syarikat korporat yang turut memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang diancam kebuluran akibat sekatan ekonomi tajaan Amerika Syarikat.

"Sehingga sekarang kita masih menerima dan mengalu-alukan sumbangan semua pihak melalui tabung yang kita wujudkan di akaun Maybank, 564070703248 atas nama Parti Islam Se Malaysia.

"Para penderma yang budiman juga boleh membuat sumbangan melalui pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri di seluruh negara," ujar beliau.

Katanya, PAS turut mengalu-alukan kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Kerajaan Malaysia turut sedia memberikan sumbangan kepada Kerajaan Palestin pimpinan Hamas yang memenangi pilihan raya umum Januari lepas.

Syed Azman menegaskan, selaku Pengerusi OIC, Malaysia tidak harus tunduk dengan kehendak AS yang sentiasa menindas negara-negara umat Islam dengan pelbagai alasan menentang keganasan.

Katanya, AS dan sekutunya negara haram Israel sehingga ini terus melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas sedangkan mereka memenangi pilihan raya secara demokratik yang dipantau sendiri oleh negara berkecuali khususnya daripada Eropah.

Menurut beliau, kedatangan Ketua Whip Parlimen Palestin, Dr Khalil Ismael al-Hayyah ke Malaysia baru-baru ini amat berkesan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa rakyat Palestin sebenarnya menjadi mangsa kerakusan kuasa-kuasa kuffar yang menjajah bumi umat Islam secara haram.

"OIC harus melibatkan diri secara terus menerus untuk membantu Palestin dan mencontohi Iran untuk menggerakkan seluruh umat Islam," tegas beliau.

Tonton webtv wtv8 di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Hantar Berita dan Komen ke
[EMAIL PROTECTED]

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke