Rasuah, jenayah yang boleh hancurkan tamadun
Thu | Aug 10, 06 | 11:00:13 AM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) memandang serius kenyataan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Dato' Seri Dr Isahak Yeop Mohamad Sahar yang menyatakan kajian pihaknya mendapati, hampir 30 peratus generasi muda sanggup menerima rasuah jika memegang kuasa di mana-mana organisasi.

"Kajian ini menggambarkan betapa masyarakat sedang berada di tahap yang begitu teruk sekali.Bayangkan jika 30 peratus daripada golongan remaja tadi memimpin negara dan menjadi pentadbir ataupun pengurus sesebuah institusi, apa akan terjadi kepada negara jika mereka ini diberi kuasa," kata Pengerusi Gerak, Mohammed Ezam Mohd Noor.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika mengulas kenyataan Isahak Yeop itu.

Akhbar harian semalam melaporkan, Isahak Yeop dipetik sebagai berkata, kajian yang dilakukan oleh IIM mendapati hampir 30 peratus ganerasi muda sanggup mengamalkan dan menerima rasuah jika mereka mempunyai kuasa dan diberi tanggungjawab terhadap sesebuah organisasi atau institusi.

Mengulas lanjut, Mohammed Ezam berkata, Gerak mengajak seluruh rakyat khususnya golongan muda supaya melihat rasuah sebagai satu jenayah yang boleh menghancurkan tamadun ini.

"Kini pun hampir semua gejala negatif berkait rapat dengan rasuah. Contohnya masalah dadah yang di isytihar menjadi musuh nombor satu negara pun berkait rapat dengan rasuah, kerana kebocoran di pintu sempadan dan penguatkuasaan masih menjadi punca kewujudan dadah dalam negara," katanya.

Gerak turut melahirkan kebimbangan dengan perkembangan ekonomi negara yang juga dalam keadaan menekan rakyat dilihat mampu menjadi punca amalan rasuah, kata Mohammed Ezam.

Kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bahawa inflasi telah memuncak tetapi Malaysia akan terus melihat pertumbuhan kukuh dalam separuh kedua tahun ini amat menggusarkan, kata Mohammed Ezam.

"Ini bermaksud dalam keadaan pembangunan negara dapat diteruskan tetapi rakyat terpaksa berdepan dengan kenaikan kos hidup yang semakin tinggi," katanya.

Lebih membimbangkan, masyarakat tidak mempunyai kesedaran yang cukup dalam memerangi rasuah dan kini keadaan akan menjadi lebih sulit kerana masyarakat yang sama juga akan mengalami kehidupan yang makin terhimpit, katanya.

Justeru Gerak mengajak seluruh rakyat dan kerajaan lebih serius dan melihat rasuah dengan jijik. Jika amalan buruk ini tidak dibendung, ia akan membawa kepada kehancuran tamadun, kata Mohammed Ezam. - mks.

**************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from your Internet provider. __._,_.___

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke