Kerajaan digesa jangan pinggirkan pendidikan kaum Cina
Wed | Sep 13, 06 | 04:49:49 PM
Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Kerajaan diingat supaya memandang serius isu kepentingan pendidikan kaum Cina serta tidak dipolitikkan hingga tercetus rasa tidak puas hati mana-mana kaum.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman, berkata beberapa agenda pendidikan yang sangat penting bagi kaum Cina perlu diberi perhatian bagi menjamin kualiti pendidikan kaum tersebut.

Beliau turut mendakwa beberapa agenda yang amat penting bagi kaum Cina telah diabaikan kerajaan, seperti Deklarasi Pendidikan Bahasa Ibunda Dong Jiou Zhong 1999, masalah pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), masalah kekurangan guru terlatih di SJKC, pengisian jawatan Penolong Kanan Kokurikulum, dan penutupan SJKC Damansara yang berlarutan lebih
enam tahun.

"Ini merupakan agenda pendidikan yang penting bagi mereka.  Pemuda sendiri melawat SJKC Damansara itu, yang terpaksa menumpang di sebuah tokong sehingga hari ini setelah ditutup, bagaimanapun tiada tindakan segera dari kerajaan," tegas beliau dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily, hari ini.

Justeru, Mazlan mendesak Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien, supaya bertindak pantas terhadap kepincangan yang kian ketara dalam sektor pendidikan.

Mengulas dakwaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Ong Tee Kiat, mengenai penyelewengan peruntukan SJKC di Johor, Mazlan meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat segera jika dakwaan tersebut didapati benar.

Bagaimanapun, Hishamuddin dalam kenyataannya di Malaysiakini, menafikan dakwaan berkenaan.

Hishammuddin turut mempertikaikan tindakan Ong yang membuat tuduhan itu dalam suatu majlis makan malam di Muar yang dihadiri para guru SJKC terbabit dan pemimpin masyarakat Cina setempat.

Sebelum ini, Ong mendedahkan ada pegawai kerajaan yang melesapkan peruntukan untuk dua buah SJKC di Johor, baru-baru ini.

"(Ong) seolah-olah ingin menunjukkan hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan nasib kaum Cina," kata Hishammuddin.

Menurut laporan Bernama, tuduhan Ong itu dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina Sabtu lalu.

Menurut akhbar itu Ong mendakwa pegawai kerajaan terbabit cuba menutup kesalahan mereka melesapkan peruntukan berkenaan, dan penyelewengan itu berlaku, kerana golongan itu tidak menghiraukan aduan daripada rakyat.

***********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All New Yahoo! Mail – Tired of [EMAIL PROTECTED]@! come-ons? Let our SpamGuard protect you. __._,_.___

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.





SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia vacation
Malaysia phone Malaysia shipping

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke