Pemuda Johor sokong cadangan BPR siasat dakwaan Ong
Tue | Sep 19, 06 | 08:43:57 AM
Oleh Salman Hussin
JOHOR BAHRU, 19 Sept (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong cadangan Pemuda PAS Pusat yang mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Ong Tee Kiat, berhubung isu melesapkan wang peruntukan khas bagi beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di negeri ini.

Siasatan oleh BPR perlu dilakukan segera kerana pendedahan yang dibuat Ong ini boleh memberi kesan buruk terhadap institusi kerajaan, kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dekat sini.

Katanya lagi, kerajaan perlu memandang serius kenyataan yang dibuat oleh seorang yang berstatus Timbalan Menteri, justeru kerana itu siasatan segera perlulah dibuat terhadap dakwaan beliau ini.

Sementara itu, tindakan Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein, menyelar dakwaan yang dibuat oleh Ong ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya tindakan ini hanya akan menyerlahkan lagi sikap ketidakterbukaan beliau.

Beliau (Hishamuddin) jelas Faizi lagi, mendabik dada kononnya telah berjaya menyelesaikan isu besar berkaitan pendidikan orang Cina seperti formula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bagi SJKC.

Selain itu, beliau turut mendakwa telah berjaya mewujudkan buku teks PPSMI bagi SJKC selain memberi peruntukan khas RM10 juta bagi sekolah-sekolah Cina yang tidak selamat.

Hishamuddin juga menurut Faizi lagi, menempelak Ong yang didakwanya telah gagal menyelesaikan masalah berkaitan isu pendidikan orang Cina.

Perbalahan serta pertikaman lidah antara pihak-pihak terbabit dalam isu melesapkan wang peruntukan khas bagi beberapa sekolah Cina di negeri ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Justeru, kerana  itu DPP NJ menyokong cadangan Pemuda PAS Pusat agar kes ini diserahkan kepada BPR untuk disiasat, ujar Faizi lagi. - mks.

************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal __._,_.___

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.





SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia vacation
Malaysia phone Malaysia shipping

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke