| Bantah Pope: Pemuda anjur perhimpunan 22 September ini |
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Perhimpunan itu dibuat sejajar dengan seruan ulama yang dihormati di seluruh dunia Islam, Yusof
Al-Qaradawi yang mahu umat Islam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan biadab Pope di masjid selepas solat Jumaat ini iaitu Jumaat terakhir sebelum bulan Ramadan, katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi.
"Saya telah mengarahkan semua jentera Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan itu. Saya harap seluruh umat Islam akan turut serta dalam bantahan itu," katanya.
Tidak cukup dengan 'sorry'
Menurut Salahuddin, meskipun kenyataan 'sorry' telah dikeluarkan oleh Pope Benedict sebelum ini, ia tidak mencukupi jika pembesar agama Kristian itu tidak menarik kembali kenyataannya dan memohon maaf.
"Pope hanya menyatakan 'sorry' yang kalau dalam pengertian sebenar bermaksud 'kesal' dan bukannya maaf. Kita mahu Pope menyatakan 'apologize' kepada umat Islam, dan tarik kenyataan yang mampu mencetus kemarahan umat Islam itu,"
katanya.
Sementara itu ketika ditanya sama ada PAS secara keseluruhannya akan mengadakan perhimpunan aman bagi isu tersebut beliau tidak menolak kemungkinan akan mengadakannya.
Menurut Salahuddin, cadangan mengadakan perhimpunan besar itu ada tetapi ia masih di peringkat perbincangan dan akan melihat kesesuaian jika Pope Benedict tidak menarik semula kenyataannya, kemungkinan besar perhimpunan itu akan diadakan.
Penjelasan Pope gagal reda kemarahan umat Islam
Sebelum ini laporan AFP menyebut, kenyataan Benedict mengenai Islam dibuatnya dalam satu ucapan di Jerman yang mengisahkan perbualan antara Maharaja Kristian Empayar Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang cendekiawan Paris mengenai kebenaran agama Islam dan Kristian.
Benedict dilaporkan memetik kata-kata maharaja Byzantine itu mengenai Nabi Muhammad, iaitu:
"Saya memetik kata-katanya, "Tunjuk kepadaku apakah yang baru yang dibawa oleh Muhammad, dan ia hanyalah kejahatan dan ketidak perikemanusiaan, seperti perintahnya untuk mengembangkan (ajarannya) melalui pedang."
Jurucakap Pope kemudiannya berkata, Benedict menghormati Islam tetapi menolak keganasan yang dikaitkan dengan agama itu. Penjelasan itu, bagaimanapun gagal meredakan kemarahan umat Islam.
Pelbagai negara Islam bantah kenyataan biadab Pope.
Akibat kenyataan itu, Parlimen Pakistan sebulat suara meluluskan resolusi menuntut Pope "menarik balik kenyataan itu demi menjaga keharmonian antara agama."
Di India, Pengerusi Suruhanjaya Negara bagi Kaum Minoriti, Hamid Ansari berkata: "Bahasa yang digunakan oleh Pope bunyi sama seperti rakan sejawatannya pada abad ke-12 yang memerintah supaya dilancarkan Perang Salib."
Kumpulan Ikhwan al-Muslimin,
yang merupakan pembangkang utama di Parlimen Mesir, menyifatkan ucapan Pope itu lebih serius daripada isu lukisan kartun gambar Nabi Muhammad yang telah mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia awal tahun ini.
"Pope akan berdepan dengan bantahan keras, kerana kenyataannya lebih memudaratkan berbanding dengan lukisan kartun tersebut, kerana ia datang dari mulut seorang pemimpin yang mewakili berjuta-juta manusia," kata pegawai kanan kumpulan tersebut, Abdel Moneim Abul Futuh.
Di Turki, pengerusi direktorat hal ehwal agama negara itu, Ali Bardakoglu pula menyifatkan kenyataan Pope itu "penuh rasa permusuhan dan kebencian" dan menegaskan Pope tidak harus dibenarkan ke Turki.
Bantahan juga berlaku di Iran manakala golongan ulama Sunni di Iraq pula menggesa kerajaan menghalau wakil Vatican sebagai bantahan terhadap kenyataan Pope tersebut.
Sementara itu Yayasan Ramadan
di Britain membandingkan Pope Benedict XVI dengan Pope sebelum ini, John Paul II.
"Mendiang Pope John Paul II menghabiskan lebih 25 tahun untuk membina jambatan dan hubungan baik dengan masyarakat Islam. Dia telah memperlihatkan kepada dunia bahawa persepsi mereka terhadap Islam adalah salah dan kita adalah satu masyarakat yang cintakan keamanan," katanya.
**************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
All New Yahoo! Mail Tired of [EMAIL PROTECTED]@! come-ons? Let our SpamGuard protect you. __._,_.___
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
SPONSORED LINKS
| Malaysia florist | Florist malaysia | Malaysia vacation |
| Malaysia phone | Malaysia shipping |
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
