Telah hampir sebulan adik Ili Ameera binti Azlan dari
Taman Tuanku Jaafar, Seremban meninggal dunia secara
mengejut ketika mengikuti kem latihan PLKN di Melaka.

Pada 7 Februari 2007 rombongan Angkatan Muda Keadilan
Negeri Sembilan yang diketuai oleh Sdr Arifin selaku
Ketua AMKNS telah membuat lawatan susulan ke atas
keluarga mangsa iaitu En Azlan di rumahnya di Taman
Tuanku Jaafar.

Dalam perbincangan yang agak panjang lebar dengan En
Azlan, En Azlan menyatakan beliau reda dengan
pemergian anaknya kerana itu telah ditakdirkan. Namun
beliau sedikit pun tidak reda dengan layanan yang
telah diberikan kepada anaknya serta keluarga beliau.

Beliau merasakan keadaan pelatih wanita adalah amat
tidak sesuai untuk mengikuti kem latihan PLKN setelah
beliau sendiri mengunjungi kem latihan tersebut.

Lebih mengecewakan En Azlan ialah beliau selaku ahli
UMNO Negeri Sembilan dan masih lagi menjadi ahli UMNO
serta pernah memegang jawatan penting di peringkat
cawangan tidak diambil peduli oleh pimpinan UMNO
setempat apatah lagi pimpinan kerajaan pusat. Malah
ADUN Kawasan Paroi YB Bibi Sharliza selaku Ketua
Puteri UMNO NS dan EXCO penting Puteri UMNO Pusat juga
tidak menziarahi beliau sekeluarga. Apatah lagi Ahli
Parlimen Rembau Datuk Firdaus Harun, Menteri Besar
N.Sembilan juga menteri-menteri kabinet terutamanya di
Kementerian Pertahanan yang diketuai oleh Dato Seri
Najib Tun Abdul Razak.

Begitulah kecewanya En Azlan sekeluarga dengan layanan
yang diterima dari pelbagai pihak. Berbeda dengan
pelatih PLKN kaum Cina iaitu Teng Siau Shen, 18 dari
Temiang Seremban yang juga meninggal dunia secara
misteri juga pada Januari 2007 yang lalu dimana Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Lee Yuen Fong
telah menziarahi keluarga mangsa serta memberikan
sokongan kepada keluarga mangsa.

Dalam pada itu Sdr Arifin berkata AMKNS dengan AMK
Pusat sedang dalam proses akhir untuk membantu En
Azlan sekeluarga untuk mengambil tindakan
undang-undang. Kepada mereka yang ingin mengetahui
lebih lanjut perkembangan kes ini bolehlah menghubungi
Sdr Arifin 016-2862481 atau Sdr Azizi 012-3696474


******************************************* 
http://pasns.blogspot.com/2007/01/tak-hantar-anak-ke-plkn-boikot-plkn.html


Tak Hantar Anak Ke PLKN ! Boikot PLKN ?? 

Begitulah apa yang dinyatakan oleh Encik Azlan ketika
Hj Mohd Taufek Penyelia PAS DUN Paroi serta Sdr Hassan
Setiausaha PAS Kawasan Rembau melawat keluarga Ili
Ameera Azlan yang meninggalkan dunia secara mengejut
ketika mengikuti Program Latihan Khidmat Negara di
Ayer Keroh , Melaka baru-baru ini.

Encik Azlan yang kehilangan anak sulung kini hanya
mempunyai seorang sahaja anak perempuan yang ketika
ini berada di Tingkatan Empat.

Encik Azlan berkata beliau tidak akan izinkan
satu-satunya anaknya yang tinggal untuk mengikuti
program PLKN pada masa akan datang.

Menurut beliau Allahyarham berat untuk pergi ke kursus
berkenaan kerana beliau tidak biasa dengan aktiviti
luar walaupun Allahyarham sebelum ini tidak pernah
mempunyai sebarang penyakit.

Encik Azlan juga agak terkilan dengan pengurusan Kem
PLKN di Ayer Keroh kerana beliau mendapat suasana kem
berkenaan tidak begitu sesuai untuk aktiviti remaja
perempuan.

Menurut Hj Mohd Taufek, PAS Negeri Sembilan memandang
berat kes ini serta akan menubuhkan satu jawatankuasa
khas untuk meneliti balik tahap keselamatan program
serta kem latihan PLKN terutamanya untuk remaja
perempuan.

Ditanya apakah PAS Negeri Sembilan akan menggesa ibu
bapa serta remaja memboikot program PLKN, beliau
berkata perkara itu belum dibincangkan lagi, sehingga
satu kajian terperinci dilakukan.

Dalam pada itu ibu mangsa masih kelihatan sugul dan
terkejut dengan kejadian yang menimpa anak yang amat
dikasihinya. 


    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
  Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
  Sumbangan untuk  PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  
“Bank in slip” boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1, Bangunan 
PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.





 
____________________________________________________________________________________
It's here! Your new message!  
Get new email alerts with the free Yahoo! Toolbar.
http://tools.search.yahoo.com/toolbar/features/mail/


Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke