Isu pembalakan di Mahang: Sikap, tindakan Ahli Parlimen dikesali          
                  
                         
                        
                                       Mohd Sabri Said      
         Tue | Feb 13, 07 | 12:15:10 AM                                MAHANG, 
13 Feb (Hrkh) - Walaupun  Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru,  Dato' Paduka Abdul 
Kader Sheikh Fazir berjanji Hutan Simpan  Kekal Gunung Bongsu, Mahang, Kedah 
bebas daripada kerja  pembalakan atau lain-lain aktiviti yang boleh mencemarkan 
 keindahan alam, namun kenyataan itu disifatkan agat terlambat.

    
 Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar  PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar ketika 
dihubungi menjelaskan,  untuk mengatasi masalah pencemaran di hutan simpan mana 
 sekali pun kerajaan bertanggungjawab mewartakan hutan simpan  dan kawasan 
tadahan air bukan menyepi bila cadangan itu  dikemukakan.

 
 Akibatnya, kini kebanyakkan hutan simpan di Malaysia  tercemar dengan 
pengambilan balak yang tidak mengikut  peraturan yang telah ditetapkan.

 
 "Hutan simpan seluruh Malaysia tidak akan selamat selagi  kerajaan tidak 
bertindak mewartakan hutan simpan dan kawasan  tadahan air.  Bila diwartakan 
maka semua kerja penebangan  tidak boleh dilaksanakan, " katanya.

 
 Mengulas lawatan Dato' Paduk Abdul Kader ke Kampung Cheruk  Meranti beliau 
membidas sikap Ahli Parlimen berkenaan kerana  lambat bertindak walaupun isu 
itu telah lama berlaku.

 
 Agak mustahil beliau tidak megetahui kerana beliau mempunyai  dua wakil rakyat 
iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Kulim dan Bandar Baru.

  
 "Ke mana perginya dua Adun di situ adakah mereka bekerja  makan gaji buta atau 
berselindung kerana sudah memperolehi  habuan tertentu, " jelasnya.

  
 Bila tiada kuasa sebagai menteri sambung Haji Mahfuz, Abdul  Kader tidak boleh 
buat apa-apa lagi kerana kuasanya terbatas  atau boleh dicantas takkala ia 
menyuarakan pandangan rakyat.

    
 Dalam pada itu, Abdul Kader dalam kunjungannya ke Kampung Cheruk Meranti 
baru-baru ini menjelaskan, keindahan perlu dijagai agar kesan alam tidak 
menjadi lebih buruk sekaligus mengundang beberapa kejadian seperti banjir 
lumpur, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

 
  "Orang ramai patut menjagai hutan simpan jangan terokainya  sesuka hati 
kerana ia meninggalkan kesan negatif pada  alam, " ujarnya ketika melakukan 
lawatan ke Kampung Cheruk  Meranti Ahad lepas setelah isu pembalakan haram 
berleluasa  sejak April tahun lalu.

 
 Beliau dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bekalan  Air merangkap 
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung  (JKKK), Kampung Cheruk Meranti, 
Samsul Mohd Arif Mohd Saad  dan berapa orang penduduk kampung ke lokasi yang 
terlibat  teruk dengan banjir lumpur beberapa bulan lalu.

 
   Baru-baru ini kerja pembalakan di hutan simpan Gunung Bongsu  dihentikan 
sementara setelah campur tangan Pengarah  Perhutanan Negeri Kedah apabila isu 
ini menjadi hangat dalam  media massa. - mks.   


                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke