Kerajaan dibidas lemah tangani bantuan mangsa banjir                      
      
                         
                        
                                       Roy Rasul      
         Sat | Feb 17, 07 | 08:04:50 AM                              KUALA 
LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Pengerusi Badan Bertindak Banjir PAS Johor, Mazlan 
Aliman menempelak kerajaan negeri Johor sebagai lemah dan tidak bersedia untuk 
mengurus mangsa banjir sejak banjir pertama dan kedua yang melanda negeri 
tersebut pada penghujung tahun 2006 dan awal 2007 yang lalu.

    
 Ini disebabkan, dakwanya, masih ramai mangsa banjir tidak mendapat bantuan 
sama ada berbentuk kewangan mahupun barangan.

 
 “Sepatutnya masalah mangsa banjir ini sudah lama diselesaikan terutama 
mengenai penyediaan maklumat isi rumah mangsa banjir."

 
 “Selain itu kita percaya ada maklumat yang diselewengkan kerana ada orang 
terselamat daripada banjir mendapat bantuan sebaliknya mereka yang menjadi 
mangsa banjir tidak dapat pula,” katanya semasa dihubungi Harakah.

 
 Ketidaktelusan bantuan berlaku dakwanya, disebabkan prosedur pengurusan lemah 
malah kelemahan berlarutan hingga sekarang.

 
 Kerana itu katanya, apa yang berlaku contohnya di Labis sebagaimana didedahkan 
Harakahdaily baru-baru ini adalah antara bukti bahawa prosedur tersebut gagal.

 
 Harakahdaily baru-baru ini dipetik berkata, beberapa mangsa banjir meluahkan 
rasa kecewa kerana wujud penipuan serta ketidakadilan pihak-pihak tertentu 
terhadap mangsa banjir di sana.

  
 Seorang mangsa, Othman Pardi mendakwa namanya dipotong daripada senarai mangsa 
banjir bagi mendapat bantuan wang ihsan sebanyak RM200 dan RM500 sedangkan 
semasa banjir pertama dan kedua beliau berpindah dipusat penempatan mangsa 
banjir.

 
 Mengulas lanjut Mazlan yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, berkata, ramai 
di kalangan mangsa banjir tidak mendapat bantuan kewangan bahkan bantuan rumah 
dan tanaman kebun yang musnah belum diterima.

 
 “Apabila keadaan ini berlaku mendedahkan kepada umum bahawa penyelewengan dan 
diskriminasi tidak dapat dikawal kerajaan,” katanya.

 
 Sekaligus, katanya, menyerlah kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, 
Dato’ Seri Najib Tun Razak menangani banjir di Johor. - mks.

   
 Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang 
boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM 
(564070000336) 

                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke