Nisa' Games - Kelantan kesal Azalina tolak jemputan
Rizal Tahir
Sat | Feb 17, 07 | 11:02:44 AM KOTA BHARU, 17
Feb (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kelantan kesal kerana Menteri Belia dan Sukan,
Dato Azlina Othman Said menolak jemputan untuk menghadiri di majlis pembukaan
Sukan Wanita Malaysia 2007 (Nisa Games 07).
Pengerusi Bersama Sukan Nisa Game, Takiyuddin Hassan berkata, sebagai seorang
wanita yang dilantik sebagai menteri dalam bidang sukan, beliau harus memberi
keutamaan apabila ada pihak yang menganjurkan sukan khusus untuk wanita.
Menteri Besar dan lain-lain pimpinan negeri sentiasa berharap supaya
penganjuran sukan yang berteraskan ajaran Islam mendapat sokongan semua pihak
terutama kerajaan pusat, kata beliau ketika merasmikan Majlis Sambutan
Hijrahtul Rasul di Kampung Pasir Kota, Dun Bunut Payong.
Pengajuran Nisa Game kata beliau, membuktikan Islam tidak pernah mengenepikan
aktiviti sukan untuk golongan wanita selagi mengikut garis panduan yang
ditetapkan.
Dua tahun lalu kita membuat kejutan dalam dunia hiburan dengan menjemput
juara Akademi Fantasia, Mawi untuk mengadakan konsert, dan kini kita mengundang
Ruqayya, seorang atlet muslimah yang baru-baru ini menjuarai acara 200 meter di
Asia Games yang berlangsung di Doha, Qatar, ujar beliau.
Idea menjemput Ruqayya menurut beliau dimulakan sendiri oleh Menteri Besar,
Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tok Guru sendiri mengesyorkan supaya atlet yang mempromosikan identiti Islam
ini dijemput bagi menunjukkan satu lagi contoh bahawa Islam bersedia menerima
sebarang aktiviti manusia asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam,
jelas beliau.
Pada majlis anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan DUN Bunut
Payong itu, pendakwah, Ustaz Kamal Ashaari menyampaikan pengisian khas
berkaitan Hijratul Rasul.
Orang ramai yang berhimpun sejak pagi telah sama-sama bergotong royong
menyiapkan lima kawah bubur asyura untuk dinikmati para hadirin.
Turut hadir dalam majlis berkenaan penyelia parlimen Kota Bharu, Nik Mahmud
Nik Hassan. - mr
OIC perlu ketengahkan sukan wanita Islam
Salmah Mat Husain
Sun | Feb 18, 07 | 09:51:58 AM KOTA BHARU, 18
Feb (Hrkh) Kejohanan sukan wanita Islam yang mempamerkan atlet menutup aurat
perlu dipraktikkan di peringkat antarabangsa terutamanya di kalangan negara
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Asean.
Isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid berkata, OIC
perlu memperkembangkan sukan wanita Islam seperti diketengahkan melalui
kejohanan Nisa Games 2007.
Berhubung perkara ini saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah pada
Nisa Malaysia dan kerajaan Kelantan telah berjaya membawa imej Islam menerusi
acara sukan."
Program ini juga seakan-akan meninggalkan pihak yang cemburukan kejayaan Islam
jauh ke belakang, ujarnya pada majlis mesra Ruqaya Al Ghasara bersama
Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) di JKR
10, petang semalam.
Hadir sama Pengerusi Purnama, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri-isteri
anggota Exco, isteri wakil rakyat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah
Siti Zailah Mohd Yusof.
Siti Zabedah yang juga Timbalan Pengerusi Purnama berkata, Kelantan berjaya
membuktikan Islam tidak menghalang wanita aktif sukan asalkan menutup aurat.
Kalau benar bersukan tidak boleh, masakan isteri Rasulullah s.a.w, Siti Aisyah
berlawan lumba lari dengan baginda di tengah-tengah padang yang luas, ujarnya.
Sebelum itu, Ruqaya yang merupakan pemenang Pingat Emas 200 meter Sukan Asia,
Doha 2006 mempamerkan kebolehannya bermain badminton di Dewan Jubli Perak.
Perlawanan persahabatan itu turut menampilkan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat,
Ustazah Azizah Khatib Mat, Pengarah Nisa Malaysia, Mastura Muhammad serta tiga
anggota jawatankuasanya.
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.